Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku fikir bunga-bunga merah kat gaun tu. Sekali teropong macam ada tuliskan Jepun, Cina pun ada.. ” – Komen Netizen

Video busana yang dipakai oleh Aina Abdul sempena Separuh Akhir AJL ke 40 menggunakan tuala Good Morning raih perhatian ramai. Wah, dari tuala sekecil itu boleh menjadi sehelai busana unik. Memang kreatif..

Aina Abdul sememangnya terkenal dengan fesyen busananya yang unik. Kali ini busana Aina sekali lagi mencuri perhatian ramai. Aina menggayakan busananya yang sangat unik dan kreatif ini sempena separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 40.

Kali ini, Aina tampil dengan konsep yang luar biasa unik apabila busananya dihasilkan menggunakan 150 helai tuala ‘Good Morning‘ . Satu idea kreatif yang bukan sahaja berani, malah sarat dengan elemen seni dan eksperimen fesyen.

Apa yang lebih mengagumkan, keseluruhan rekaan tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh hanya dua minggu sahaja. Ia merupakan satu pencapaian yang cukup mengagumkan dalam dunia fesyen yang memerlukan ketelitian tinggi.

Rekaan ini bukan sekadar pakaian pentas, tetapi sebuah karya seni yang mencerminkan identiti Aina sebagai artis yang sentiasa berani mencuba sesuatu di luar kebiasaan. Setiap perincian pada busana tersebut jelas menunjukkan usaha dan dedikasi pasukan kreatifnya dalam menghasilkan sesuatu.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji busana Aina kali ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :

” You are always the best Aina Abdul, Aku br nk beli utk majlis rewang, dia dh borong buat baju.. lepasni panggil towel tu towel AinaAbdul.. “

” Patutlah kat kedai habis dh kain tuala tu. Si Aina dah borong dLu utk semi AJL..  Dah kenapa plak pakai towel gud morning ni….hahaha.. “

” Tuala good morning ker tu weii.. Lps ni tuala kendarat good morning naik harga la 1 helai RM 4500 hbis la.. Aina da BWk tau nama tuala ni ke AJL spruh akhir aderrr… “

” Kepak aina jatuh masa last2 lagu, Tkde idea lain ke? Ni dah mcm first2 masa Sumpah kena banned tu. Pls buat creative LG ok.. “

” Nak 1 esok nak merewang, insyaAllah ada rezeki untuk KAMU, outfit Aina Abdul mmng out of box yaa Level up diri tahun ni .. “

” Suspend je Aina ni kan, mati² aku fikir bunga² merah kat gown tu eh kita teropong lagi macam ada tuliskan jepun, cina pun ada ?! “

” Oh mungkin nak ikut tema MV ‘KAMU’ kot… Sekali! Diorang habaq! Tuala Good Morning rupanya adoi Aina Kenapa comel sgt nih.. “

Aina Abdul sememangnya dikenali dengan gaya fesyennya yang eksentrik dan penuh karakter. Dari satu persembahan ke satu persembahan, Aina terus membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar pelengkap, tetapi sebahagian daripada penceritaan dan ekspresi dirinya sebagai seorang penghibur. All the best buat Aina Abdul.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Xtra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak