Artis / Selebriti
” Saya kesian sebab dia pinjam phone dengan orang. Sebab dah lama takde handphone.. ” – Dato’ Seri Vida
Video Dato’ Seri Vida membelikan handphone baru buat Azar Azmi buat ramai tersentuh. Terkejut betul Azar, tak sangka handphone mahal tu untuk dia. Ingatkan DS Vida beli untuk diri sendiri..
Menerusi akaun Tiktok Dato Seri Vida, satu momen yang menyentuh hati telah dikongsikan olehnya apabila DS Vida menghadiahkan sebuah telefon baru kepada pelakon, Azar Azmi. Video ketika DS Vida membawa Azar ke shopping mall tanpa mengetahui tujuan asal oleh Azar telah dimuatnaik di akaun tersebut.
Menurut DS Vida, tindakannya itu hadir daripada rasa simpati selepas mengetahui Azar terpaksa meminjam telefon daripada orang lain kerana sudah lama tidak memiliki peranti sendiri. Malah telefon yang dipakai Azar juga sudah retak seribu.
Situasi tersebut jelas menyentuh hati DS Vida, lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini yang serba digital, telefon menjadi keperluan asas untuk berkomunikasi dan bekerja. DS Vida telah memilih Iphone 17 Promax buat Azar lengkap dengan semua aksesori.

Hadiah tersebut bukan sekadar sebuah telefon, tetapi simbol sokongan dan keprihatinan terhadap rakan industri. Dengan adanya telefon baharu ini, diharapkan urusan harian Azar akan menjadi lebih mudah, sama ada untuk kerja, komunikasi mahupun peluang rezeki yang lain.
Jom tonton video di bawah :
@datoserividaofficial Rezeki buat Azar Azmi. Saya kesian sebab dia pinjam phone dengan orang. Sebab dah lama takde handphone. Saya hadiahkan handphone baru untuk Azar. Semoga lebih mudahkan urusan Azar lepas ni . Amin 🤲🏻 #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #berandafyp #viralvideo #viral
@datoserividaofficial Replying to @Hanfiza Alhamdulillah dalam rezeki saya, terselit rezeki untuk Azar Azmi. Ikhlas berkongsi untuk Azar bangkit kembali ❤️ #fyp #beranda #berandatiktok #viral #viralvideo
Perkongsian ini turut mendapat perhatian ramai yang tersentuh dengan sikap pemurah DS Vida. Ramai mendoakan agar rezeki kedua-dua mereka terus dilimpahkan dan dipermudahkan segala urusan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Amalan ape yg dia buat ya…. Mse kuar lokap sorg pon xde dgn dia… Tp skrg allah dtgkan hamba allah sebaik dato alif syukri dan dato vida… “
” Dulu kalau bukak tv ada muka dia berlakon cerita tu, aku mesti tengok sampai abis. Sebab aku suka sangat tengok dia.. “
” Azar , saya tak kaya . Saya takboleh tolong dalam bentuk duit . Tapi nama awak sentiasa ada dalam doa saya ya, tolonglah ambil azar azmi kembali berlakon.. “
” Mesti Azar ni budak baik.. Jatuh tp tuhan angkat dngn kehadiran org baik2 jugak sekeliling.. Allahuakbar.. Semoga semua yg baik2 rezeki utk kita semua.. “
” Sian dia kn…dr artis yg agk poular jgk,trus “jtuh” cmni .. smpai phone pn xde… Allahuakbar..ujian utk dia jgk ujian buat kte… alhamdulillah.. dipertemukan dgn Dato Alif dan Dato Vida..org yg baik².. “
” Dato’ Alif Syukri dan Dato’ seri vida memang sanggup tolong orang yang memerlukan…hebat saya tengok pun jadi sedih semoga kamu berdua dimurahkan rezeki dan melimpah2 rezeki.. Aamiin.. “
” Wlpon dua2 dato ni ramai yg kecam… Allahuakbar. Alhamdulillah. Moga semakin mewah rezeki dato.. ikut nangis, semoga murah rezeki selalu dato Vida and family, juga Azar.. “
Semoga kebaikan ini dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda dan membuka lebih banyak pintu kejayaan buat Azar pada masa akan datang. Semoga dengan hadiah ini, Azar dapat melangkah lebih jauh dalam kerjaya dan kehidupan. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dsv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

