Connect with us

Artis / Selebriti

” Ok bye, assalamualaikum sayang. Eh, sorry sorry.. ” – Roslan Shah

Video Roslan Shah tersasul memanggil Dato’ Seri Vida dengan panggilan ‘sayang’ buat ramai terhibur. Mamat Sepah pun bukan main kuat mengapi- apikan Cik Lan, kelakar sungguh. Jaga-jaga Cik Lan, Dato’ Fazley is watching tau, haha.. 

Meninjau di akaun Instagram milik realroslanshah, telah dikongsikan rakaman sesi siaran langsung Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan bersama usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida. Turut memeriahkan sesi tersebut ialah pelawak Mamat Sepah yang dilihat rancak berborak dan bergurau sehingga mengundang tawa para penonton.

Menerusi siaran langsung itu, Cik Lan secara berseloroh bertanyakan kepada Dato’ Seri Vida sama ada usahawan tersebut sudah tidak lagi menyayanginya. Pertanyaan yang diajukan itu begitu menghiburkan apabila Dato’ Seri Vida terus berdekah ketawa sebaik mendengarnya. Reaksi spontan tersebut turut membuatkan Cik Lan sendiri terkejut dengan gelagat sahabatnya itu.

Suasana menjadi lebih gamat apabila Mamat Sepah tidak henti-henti mengusik dan mengapi-apikan Cik Lan. Gelagat Mamat yang bersahaja berjaya mencetuskan pelbagai momen lucu dan membuatkan sesi siaran langsung itu dipenuhi gelak tawa serta menjadi semakin menghiburkan.

Tidak hanya itu, Cik Lan turut berseloroh mahu bertemu dengan individu yang dikatakan sebagai kekasih baru Dato’ Seri Vida iaitu Dato’ Fazley. Dalam satu lagi rakaman yang turut dimuatnaik, Cik Lan sekali lagi mencuri perhatian apabila secara tidak sengaja tersasul memanggil Dato’ Seri Vida dengan panggilan “sayang” sehingga membuatkan semua yang berada dalam sesi tersebut sangat terhibur.

Tonton video di bawah ini :

@twinschekeika

Tak nak gaduh2 🤣😂🤣😂😂😂 #vida #datoscuriosos #malam #sayang #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – 👶TwinsShekEika👶 – 👶TwinsShekEika👶

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Benda boleh gaduh…Gaduh la cik Lan. Benda last Copaque… Hahahaha kurang asam betul Mamat, hahaha saje2 bagi panas.. “

” Tersasur Cik Lan, hahahaha Dato fazley dh booking Dato Vida sorry.. Tu lah Cik Lan lambat sangat, kan dah orang rembat dah.. Hahaha.. “

” Dato Fazley is watching Ciklan , walaupon dia tengah dekat Korea, hahaha.. Jangan cari pasal Ciklan, mahunya Dato Fazley terbang terus balik Malaysia.. “

” Aku lahhh, penat je ketawa tengok live dorang ni.. Yeke tersasul tu Cik Lan, macam tak boleh move on je tu, hahaahaha sabar jelah yer Cik Lan.. “

” Assalamualaikum sygg baik punya perlii Cik Lan, haahhaha.. Siak lah Mamat, kau sengaja kan, hahaahaha bara lagi kawan tu tau.. “

” Ck Lan ne kelakar orgnya.. Kawan tu jgnlah jdi batu api. ooppzz.. Aku kan kalau live Cik Lan ni tak pernah tak kelakar tau, hahahaha tak berhenti ketawa.. “

” Ko jgn nk btu apihhh mamat hahahahhaha.. Ku lah klu si Mamat nie.. Ni bole jd pnca pergduhan..  Cik lan lambat confess, tu lah, haha.. “

Perkongsian video itu pantas meraih perhatian warganet  yang terhibur dengan keakraban serta telatah spontan mereka bertiga. Pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengakui tidak kering gusi melihat gelagat Cik Lan, Dato’ Seri Vida dan Mamat Sepah sepanjang sesi siaran langsung tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG realroslanshah, TikTok twinschekeika

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak