Connect with us

Artis / Selebriti

” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

Video Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu Dato’ Jamal Abdillah, Seniman Menangis ketika live raih pujian ramai. Fuhhh, padu lah suara Hussain. Menyanyi tanpa muzik pun dah sedap, belum menyanyi kat final lagi ni..

Debaran kian terasa dan pentas Big Stage Rocketfuel 2026 bakal berakhir setelah selesai konsert final yang dijadualkan malam esok. Hussain Jamilul Hayat antara salah seorang bintang Big Stage yang dijangkakan mampu bergelar juara. Kekuatan Hussain tidak hanya pada suaranya tetapi juga sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi.

Untuk final nanti, Hussain akan menyanyikan lagu dendangan asal bapa saudara, Dato’ Jamal Abdillah berjudul Seniman Menangis. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Hussain ketika duduk santai bersama rakan-rakannya dan video itu tular di media sosial.

Video ini juga menaikkan nama Hussain sebelum Hussain dikenali di Talk To My Manager musim 2. Menerusi video perkongsian di akaun Tiktok Bungaaa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback live Hussain sebelum ini.

Hussain menyanyikan lagu Seniman Menangis sebagaimana yang diminta oleh viewers pada ketika itu. Suara dan vokal Hussain sememangnya sesuai dengan lagu ini lebih-lebih lagi part nada tinggi. Hussain ada gaya dan lenggok suaranya tersendiri yang membuatkan warganet menyukai nyanyiannya itu.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Hadir dari masa depan, dia bawak lagu ni dkt final big stage ye.. hussein cuba buat kelainan nyanyi lgu ni pakej sambil main piano..kena bgi wow skit final..tgk versi jamal nyanyi mcm mana.. “

” Baik ucin, ni makanan kau kt final.. aku nmpk kau no.1 dlm bayangan aku.. x caya nati ramai² mari komen kt aku ni mggu dpn lps final.. “

” Husin final buat strong. jgn sekat sekat suara. pjg pjgkan macam pak long Jamal kamu. kamu bolih buat. suara kamu sedap suara emas pelapis pak long kamu. kamu kene juara final ni. buat betul betul husin. makcik suke tengok kamu menyanyi.. “

” Semoga Allah beri kejuaraan pada awak Hussain..dgn lgu seniman lgu keramat..pak saudara Hussain.. “

” Please la…kita nak male singer suara² mcm ni, macho. Takde muzik pn dh sedap dgr hussain nyanyi.. goosebump betul dengar Hussain nyanyi lagu ni.. “

” Lenggok tu yang mahal. Lemak berkrim.. Xperlu bukak radio klau mcm ni.. ya Allah sdp btol suara dia.. sampai terjaga member belakang ingat DJA nyanyi.. “

” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma dgr ucin nyanyi lagu ni.tarbaik.suara yg merdu n unik.buat yg trbaik ucin.. “

Ramai yang tidak sabar untuk mendengar nyanyian Hussain di pentas final esok. Semoga Hussain boleh mempraktikkan teknik yang Datuk Syafinaz ajarkan dan tips daripada Dato’ Jamal sendiri. Good luck Hussain dan semoga kejayaan milik Hussain.

Tonton video di bawah :

@bungaaa0703

#hussain #jamilulhayat #hussainjamilulhayat #jamalabdillah #talktomymanager

♬ original sound – Mochieeee 🐻 – 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨𝑨𝑨𓍢ִ໋🌷͙֒

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Bungaaa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Mossdoom

Trending

Copyright © Berita Kopak