Artis / Selebriti
” Dia punya marketing promote konsert Mama dia memang gempak lah, hehe.. ” – Komen Netizen
Video cara anak Shila Amzah, Seth Uwais mempromosikan konsert mamanya di Genting Highland buat ramai terhibur. Alahai comelnya cara Seth promote ‘founder’. Sebijik macam perangai Ubai, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Ubai, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Ubai bersama anak tirinya, Seth Uwais. Menerusi video tersebut, Seth dilihat mempromosikan konsert ibunya, Shila Amzah yang bakal diadakan di Genting Highlands esok.
Apa yang mencuri perhatian adalah gelagat Seth ketika bercakap mengenai konsert tersebut. Dengan gaya tersendiri yang bersahaja dan mencuit hati, Seth dilihat begitu teruja untuk mengajak orang ramai hadir menyaksikan persembahan ibunya.
Telatah Seth itu mengundang tawa di kalangan warganet. Cara percakapannya yang bersahaja serta gaya penyampaiannya yang tersendiri membuatkan ramai terhibur menonton video tersebut hingga ke penghujung. Ada sahaja telatahnya yang mencuit hati ramai.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian apabila ramai memuji hubungan rapat antara Ubai dan Seth. Malah, ada yang menyifatkan Ubai sebagai seorang bapa yang penyayang dan begitu menyayangi anak tirinya itu seperti anak sendiri.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Seth. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia punya marketing promot mama dia memang gempak lah, hehe.. Tak sabar nak jumpa founder, hahaha.. “
” Ada MAMA la kat blkg hihi.. Suka tengok Sethy dengan papa dia.. Manja betul.. Alhamdulillah so happy tengok.. “
” Halo ubai, sya peminat shila dari bandung. Skrg sya happy bgt tengok ubai dan seth semoga dimudahkan segala urusannya ubai the father n husband.. “
” Ingatkan kita kena tekan Beg Kuning tadi.. Nasib dia tak kta nk jmpa founder, ahaha.. Cute betul budak Seth ni.. “
” Sebiji perangai Ubai lah Seth ni.. Hahaha.. Bagus Ubai, jadi seorang bapa yang penyayang.. Nampak Seth sangat2 selesa dengan Ubai.. “
” Papa yg baik semoga ceria selalu bahagia kekal akhir hayat.. Seth betul2 happy yer nak tengok konsert mama.. “
” Hahahha comelnya Seth, ehehe.. MasyaAllah Tabarakallah. Seth ni memang bijak, pandai, smart dan handsome semula jadi.. Suka tengok dia.. “

Bukan itu sahaja, warganet juga mendoakan agar hubungan erat antara Ubai dan Seth terus berkekalan. Pada masa sama, ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert Shila Amzah di Genting Highlands. Semoga ada banyak lagi perkongsian video Seth selepas ini.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

