Artis / Selebriti
” Tunjang pertama yang boleh menjadikan titik terendah saya dan.. ” – Shila Amzah
Video respon Shila Amzah apabila ditanya mengenai titik terendah yang pernah dilaluinya sepanjang 25 tahun bergelar anak seni. Ini jawapan tuan empunya badan, sebaknya dengar pengakuan Shila..
Meninjau di akaun Instagram milik Majalah Nona, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama penyanyi terkenal, Shila Amzah. Nama Shila sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air kerana bakat luar biasanya dalam bidang nyanyian yang telah mengharumkan nama Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.
Diam tidak diam, sudah genap 25 tahun Shila mewarnai dunia seni. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai pengalaman manis dan pahit telah dilalui penyanyi ini dalam membina kerjaya yang cemerlang. Menerusi temubual itu, wartawan turut bertanyakan mengenai detik paling sukar yang pernah dihadapi Shila sepanjang bergelar anak seni.
Menjawab soalan tersebut, Shila berkata antara titik terendah dalam hidupnya adalah berkaitan dengan hubungan yang pernah dilaluinya. Menurutnya, fasa itu memberi kesan yang cukup mendalam sehingga menjadi antara ujian terbesar dalam kehidupannya.

Tambah Shila lagi, ramai yang mengetahui kisah-kisah yang pernah berlaku dalam hidupnya, termasuk isu melibatkan keluarga, kisah percintaan serta pelbagai cabaran lain yang pernah menjadi perhatian umum. Walaupun berdepan pelbagai ujian, Shila memilih untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menjadikan pengalaman tersebut sebagai penghalang.
Tonton video di bawah ini :
Bagaimanapun, Shila mengakui segala yang berlaku telah banyak mengajarnya tentang kehidupan. Setiap ujian yang ditempuhi menjadikan dirinya lebih matang, lebih kuat dan lebih menghargai setiap perjalanan yang telah dilaluinya. Baginya, setiap pengalaman, sama ada baik atau buruk, pasti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Perkongsian jujur Shila itu jelas terlihat sikapnya yang begitu tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Apa-apa pun, semoga Shila terus diberikan kebahagiaan, kekuatan serta kejayaan yang berpanjangan dalam kerjaya dan kehidupan peribadinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

