Artis / Selebriti
” Dahsyat eh binatang peliharaan Setty, rare betul pet dia. Jawapan penuh confident, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Ubai dan Shila Amzah bercerita mengenai jawapan anak mereka, Seth Uwais apabila ditanya tentang haiwan peliharaan semasa sesi pre-admission di sekolah buat ramai terhibur. Lain macam betul Seth punya pet. Confident betul Seth jawab macam tu. Mengekek Shila gelak, hehe..
Seth Uwais merupakan anak sulung kepada penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah. Seth sangat akrab dengan papanya, Ubai dan kehadiran Ubai dalam hidup Seth banyak mengubah anak kecil ini. Ubai rajin melayani kerenah Seth dan selalu meluangkan masa berbual bersama Seth.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ubaihani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Seth bersama Ubai dan Shila usai sesi pre-admission di sekolah Seth. Ubai berkongsi cerita mengenai soalan yang diajukan oleh salah seorang guru kepada Seth.
Ubai memberikan arahan kepada Seth supaya memberi jawapan yang sama seperti yang ditanya ketika di sekolah tadi. Soalannya berbunyi adakah Seth mempunyai binatang peliharaan di rumah dan soalan ini ditanyakan dalam bahasa Inggeris. Seth menjawab dengan penuh keyakinan dan tidak tahu jawapannya itu mencuit hati.

Kata Shila, mereka berdua tidak dapat menahan ketawa dan mengekek ketawa di sekolah tadi. Jawapan Seth bukan jawapan biasa-biasa dan langsung tiada dalam fikiran Ubai dan Shila. Sekadar info, Seth merupakan anak autism. Gelagat Seth sering menghiburkan ramai.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dahsyat eh binatang peliharaan Setty.. rare betul pet dia, jawapan penuh confident.. terhibur betul dengan perangai Setty ni.. “
” Sethy boleh masuk sepahtu hahaha tpi creative jugak answer dia.. Interviewer mesti impressed.. aku pun mengekek ketawa, haha.. “
” Hahahah sethy why you soooo lawak lah haha.. ada bela ipad eh kat rumah.. Confident tu penting…. good boy la Seth.. “
” Hahaah pnt nya sha ade ubai 2.0 kt rumah.. 2025 haiwan belaan zaman skrg pon kene cas bateri klu tak ia mati haha.. “
” Ya Allah Seth.. u’re not wrong. Bela Ipad pun basically mcm bela pet, kalau takde bateri dia mati.. jangan bawak perangai papa pergi sekolah, hahaha berdekah aku ketawa.. “
” Muka confident tu yang mahal yaa.. Aduyai Seth, mesti gelak mengekek dkt school td tu. Shila ni bila dgn ubai xnampak mcm penyanyi international ya, nampak mcm wife yg dok melayan husband diaaaa, hihi.. “
” Kenapa la ikut perangai papa ni seth.. Hebat le, Seth….. Tak tahu le plk….. Yg i-pad tu haiwan belaan…. New info ni….. You are such a Cutie, Seth.. “
” Baru tahu i-pet tu belaan haha.. so smart Seth, mesti teacher semua ingat dia.. Itu nama nya jawapan creative kan abg long.. “
” Betul lah dia jawab konfiden kena tinggi.. bijak.. Itulah anak istmwa. Kdg cakap dluar kotak fikirn kita yg normal. Sethy good brain.. “
Jawapan Seth sememangnya di luar kotak fikiran. Bukan hanya Shila dan Ubai yang ketawa, confirm guru yang bertanyakan kepada Seth juga tergelak sama. Semoga Seth membesar dengan sihat selalu, dikurniakan kemudahan dalam belajar dan menjadi seorang yang berguna apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

