Artis / Selebriti
” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ubai dan Seth Uwais berjoget ketika mendengar sebuah lagu dialek negeri Kelatan mencuit hati ramai. Ingatkan Ubai je masuk air, rupa-rupanya Seth is pun sama. Comel Seth berjoget..
Bagi yang gemar mengikuti pempengaruh media sosial Ubai, pasti mengetahui bahawa Ubai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan anak tirinya, Seth Uwais. Seth merupakan anak sulung kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah dan keakraban mereka sering mendapat perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ubai, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Ubai bersama Seth. Menerusi video tersebut, Ubai membuka sebuah lagu berjudul Meneketehe yang menggunakan dialek Kelantan. Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah gelagat Ubai dan Seth yang dilihat berjoget mengikut rentak lagu tersebut.
Ubai yang sememangnya ‘kaki mengajar’ berjaya membuatkan Seth yang turut sama ‘masuk air’. Telatah dua beranak ini membuatkan warganet tidak kering gusi ketawa. Ada yang berseloroh meminta Shila Amzah segera pulang ke rumah kerana melihat mereka berdua semakin ‘rosak’.

Sehingga kini, perkongsian terbaharu Ubai bersama Seth itu telah menerima ribuan tanda suka serta puluhan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Amboi Seth, bersemangat betul dia berjoget, dah macam-macam gaya dibuatnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Adoi masuk air sungguh la dua beranak nih, haha.. Tapi lah tengok cara Ubai melayan Seth, enjoy sangat2..”
” Halluuuuuuuuu Shila Amzah, cepat sikit balik yer.. Tengok lah Ubai dah rosakan anak, hahahaha.. Sabar jalh.. “
” Seth baru nak panas tu. Panjang kan sikit lagu nya.. Geram la Seth ni. Sama masuk dengan papa ubai dia, haha.. “
” Dah kalau CINTA yg tulus.. Ini lah senarionya .Terbaik.. Cute and pandai lah Seth kesayangan aunty ni.. “
” Tanjat kita.. Yang bukan2 yer kamu Ubai… Seth pun same.. Amboiiiii tu yang penting happy.. Hahhahaha geram tengok.. “
” Tangan seth dari awal dah tak sabar nak menggeletis, ahahahaha.. Penat Shila kt rumah.. Nak jaga anak sendiri, anak mertua lagi, haha.. “
” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni.. Dua-dua dah rosak teruk ni, haha.. Punoh.. Punohhhhh Seth layan papa.. “
Boleh dikatakan, hampir setiap perkongsian Ubai yang melibatkan Seth pasti akan menarik perhatian warganet. Hubungan mesra dan penuh kasih sayang antara mereka berdua membuatkan ramai kagum serta tersentuh melihat cara Ubai melayani anak tirinya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen

