Artis / Selebriti
” Kita ada 24 scene lagi. Kalau tak habis sorry, tak akan balik KL malam ni.. ” – Komen Netizen
Video Erma Fatima memberikan amaran kepada DS Umie Aida dan Anna Jobling ketika di set drama buat ramai terhibur. Kesian Umie, nasib baik tak tercekik tengah makan. Anna pun terus jadi stress bila dengar apa yang Erma cakap, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Erma Fatima, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Erma berada di set sebuah drama. Namun begitu, apa yang mencuit hati ramai adalah telatah Erma yang dilihat gemar menyakat adiknya, Datin Seri Umie Aida serta pelakon Anna Jobling ketika penggambaran sedang berlangsung.
Menerusi video tersebut, Erma dilihat memberikan arahan menggunakan walkie-talkie dengan nada berseloroh. Erma mengatakan mereka masih mempunyai sebanyak 24 babak yang perlu diselesaikan dan sekiranya gagal menghabiskannya, mereka tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu.
Selain itu, Erma turut meminta Datin Seri Umie dan Anna agar tidak melengahkan masa untuk menghafal skrip masing-masing. Mendengar perkara itu, Datin Seri Umie sempat membebel sambil meminta Erma supaya bersabar kerana dia sedang makan sebelum memulakan lakonan.

Dalam masa yang sama, reaksi Anna yang sedang baring di atas katil sambil memegang buku skrip turut mencuri perhatian. Wajahnya yang kelihatan tertekan seolah-olah ‘stress’ mendengar arahan Erma itu membuatkan ramai rasa terhibur.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai kata usikan serta emoji ketawa selepas menonton video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Erma buat hal betul lah. Kuat menyakat, haha.. Pengarah tu dah kenyang…. Tu psl dia suh cepat buat keje, haha.. “
” Kakak dgn adik.. Dua2 kelakar.. Erma naughty eh suka betul menyakat.. Seronok kan, bukan selalu dapat buli artis, hehe.. “
” HAHAHAHAHAHAA tahu takut.. Sabar Umie, Anna.. Jngan melawan pengarah, hahaa.. Seronok tengok erma Fatima kelakar orangnya bestnya terbaik.. “
” Kat msia org tk buat ak camni tau’.. Haha kelekar dengar Umie cakap, nada sedih betul tu.. Erma ni pun kuat menyakat adik.. “
” Matilanak. jahat yer kakak.. Hahaha last ape jd dengan dia orang semua, jalan tak kerjanya, hahaha.. Lawak2.. “
” Noti ehk kak long.. Jangan kak Umie balik mengadu dengan Mak Semah sudah, habis lah Kak Erma kena nanti.. “
” Nasib la director tu akak awak ek Umi.. Mak Semah, tgk Kak Long ni tgh buli adik dia.. Kesian tengok tak sempat nak makan.. “
Erma sememangnya suka menyakat adiknya, Datin Seri Umie. Gelagat dua beradik ini sememangnya mencuit hati ramai. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berseloroh meminta Datin Seri Umie mengadu kepada ibu mereka, Mak Semah, kononnya Erma gemar ‘membuli’ adiknya sendiri di set drama, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

