Artis / Selebriti
” Ni bakal menantu saya. Siapa berani kacau, saya pu kui naaa.. ” – Erma Fatima
Erma Fatima kongsi gambar bersama bakal suami anaknya, Norain Sofea raih perhatian ramai. Wah handsomenya Haziq, ada yang cakap macam muka Sufian Suhaimi dan Muaz Zabir. Erma dah bagi warning tu, awas yer..
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima baru-baru ini berkongsi video persiapakan dan juga ketika majlis pertunangan anak perempuannya yang bernama Norain Sofea atau mesra dipanggil Ain. Ain telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang bernama Haziq.
Menerusi video yang dikongsikan sebelum ini, wajah atau kelibat Haziq turut ditunjukkan kepada umum. Menerusi perkongsian terbaru Erma di akaun Instagram miliknya, Erma memuatnaik gambar bersama Haziq dan memperkenalkan bakal menantunya itu.
Haziq kelihatan begitu segak mengenakan sepasangan baju Melayu dan bersongkok hitam sambil menunjukkan cincin di jari manisnya. Apa yang membuatkan warganet terhibur adalah Erma sempat berseloroh supaya tidak ada yang berani mengganggu bakal menantunya itu.

Perkongsikan video ini telah meraih lebih 2 ribu tanda suka dan menerima banyak komen setelah hampir 2 jam dimuatnaik di akaun Instagram. Menerusi perkongsian video sebelum ini, Erma meminta senaskhah al-Quran yang telah habis dibaca oleh Haziq sebagai mas kahwin untuk anak perempuannya.

Rata-rata warganet memuji rupa paras Haziq yang kacak dan keperibadiannya yang baik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Hensem, sesuai ngan anak akak.. kalo Sy pmpuan da lama Sy Caras.. Opss, no! Sy x nk jadi penyodol.. “
” Manisnya jari dan hensem. Alhamdulilah.. Moga dipermudahkan segala urusan.. Elok menantu tahniah mertua.. “
” Moga dipermudahkan Allah untuk langkah seterusnya… Aamiin.. Encemnyaa.. Untungla mak cun.. Macam muka sufian suhaimi skit.. “
..
” Kena paksa tunjuk cincin yea.. Sayang nya bakal menantu.. bertuah.. Amboiii elok.. Macam muka muaz kawan bella tu.. “
” Bagusla makcun.. awal2 da bg warning.. Bakal Mak mertua pulak garang.. Keren Banget ni Kakak..
” Org nmpk garang / tegas tpi.. hti dia lembut.. sya pun cm tu.. muka nmpk grg / tegas tpi…mudah nangis.. “
” Bagus macam tu. Garang bertempat. Hati lembut.. Herlokkkkk noh.. ok terbaik mak.. Moga dipermudahkan.. “

Nampaknya Erma sudah bagi warning awal-awal supaya tiada yang berani mencaras bakal suami Ain. Kalau ada siapa-siapa yang berani, memang kena lah dengan Mok Cun nanti, hehe. Apa-apa pun, semoga urusan untuk melangkah ke fasa perkahwinan nanti akan dipermudahkan.
Ikuti perkongsian di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

