Connect with us

Artis / Selebriti

” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden

Video respon Jebat Jayden apabila mummynya, Noor Nabila menyuruh Jebat untuk pergi solat di masjid buat ramai terhibur. Berdekah gelak dengar alasan Jebat. Part Jebat cakap sudah tertinggal jauh tu paling kelakar. Adui Jebat, haha..

Perkongsian gelagat mencuit hati Jebat Jayden yang merupakan anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas sebuah video dimuatnaik di akaun Instagram milik ibunya, Noor Nabila.

Menerusi video tersebut, kedengaran Nabila menyuruh Jebat menunaikan solat di masjid. Malah, Nabila turut memberitahu bahawa sepupu Jebat, Bilal iaitu anak kepada Neelofa dan Haris Ismail juga pergi menunaikan solat di masjid. Sambil duduk di atas kerusi, Jebat meminta ibunya supaya tidak membandingkan dirinya dengan Bilal.

Menurut Jebat, Bilal merupakan anak kepada seorang ustaz dan ustazah, sebab itulah dia pergi solat di masjid. Jebat kemudian mengatakan dirinya hanyalah anak orang biasa dan bukannya anak ustaz atau ustazah. Apabila Nabila menjelaskan bahawa Jebat juga boleh menjadi seorang ustaz, jawapan balas Jebat mencuit hati warganet.

Perkongsikan video ini telah meraih hampir 11 ribu tanda suka dan menerima banyak komen setelah hampir 4 jam dimuatnaik di Instagram. Pandai sungguh Jebat mencari alasan untuk tidak pergi ke masjid. Jawapan sponton Jebat memang sangat win.

Rata-rata warganet terhibur mendengar kata-kata Jebat yang begitu mencuit hati. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :

” Dh lambat dh mommy.. dh tertinggal jauh kan baby.. ” – Rosix Omar

” Yaa Allah babyyyyy so kelakar! “ Dah tertinggal jauh dah baby ”.. ” – Ziela Jalil

” Hahahhahahhaa aunty setuju lagi dengan Jebat! Mak bapak Bilal ustaz dan ustazah.. ” – Betty Rahmad

” Baby dah tertinggal jauh, boleh taubat la baby, yg penting pengakhiran.. x terlambat lgi lah baby nk kejar Bilal.. “

” Dah tertinggal jauh dah babyyyy ya Allah babyyyy hahahahahahaha.. Berdekah gelak.. Wahahahahhahah…. gerammm betol dgn dia ni. Petahhh.. “

” Ya Allah, dah tertinggal jauh ye.. yang tak tahan orang biasa je hahahahahaa dah tertinggal jauh dah baby hahahaha.. “

” Sian pulak tengok baby ni..mammy pulk mnekan². jngn samakn dengn bilal. mak bapa bilal ustaz ustazah. apa lah mammy ni.. adoiii jeyden².. “

” Kenapa marah na. Apa nya tertinggal jauh, Jayden..?!?? Dengan baju Ninja Turtles nya tu lahaiii hahahah. Insya Allah satu hari nanti Baby jadi Ustaz, ameen ameen ya Mujeeb.. “

Part ketika Jebat mengatakan dirinya sudah ‘tertinggal jauh’ paling mencuit hati warganet. Rasanya masih belum terlambat untuk Jebat mengejar Bilal dan bersama-sama mengimarahkan masjid selepas ini. Tidak kisahlah sama ada anak ustaz dan ustazah atau tidak, yang penting semangat untuk beribadah itu ada. Betul tak Jebat, hehe..

Tonton video Jebat di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG noornabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Psyllium Husk

Trending

Copyright © Berita Kopak