Connect with us

Artis / Selebriti

” Mary ? Mary mana pulak.. ” – Jebat Jayden

Video telatah Jebat Jayden ketika belajar bersama mummynya, Noor Nabila buat warganet terhibur. Terkedu mummy dengar Jebat tanya macam tu. Kecik besar, kecik besar mummy tengok Jebat. Nasib baik mummy tak jadi singa jadian, haha..

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila, pasti mengetahui yang kedua-duanya sering berkongsi momen bersama anak tunggal mereka, Jebat Jayden. Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, mereka tetap memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan perkembangan Jebat.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan sebuah video yang diulangsiar dari akaun Tiktok Noor Nabila. Video itu memaparkan Noor Nabila sedang membantu Jebat mengulang kaji pelajaran. Suasana pembelajaran yang santai itu mencuri perhatian ramai, namun telatah spontan Jebat ketika mendengar penjelasan ibunya mencuit hati ramai.

Menerusi video tersebut, Jebat diminta membaca sebuah petikan karangan sebelum memahami isi tersurat dan isi tersirat yang terkandung dalamnya. Ketika Noor Nabila sedang menerangkan maksud petikan berkenaan, Jebat secara tiba-tiba mencelah dengan bertanyakan siapakah individu bernama “Mary” yang disebut dalam karangan itu.

Pertanyaan spontan Jebat itu membuatkan Noor Nabila terpaku seketika sebelum memandang anaknya dengan pandangan yang tajam seolah-olah tidak menyangka soalan tersebut akan diajukan. Tidak lama kemudian, kedengaran suara seorang wanita berseloroh mengatakan bahawa “Mary” merupakan bekas kekasih Jebat dan membuatkan mereka yang berada di situ ketawa beramai-ramai.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa terhibur selepas menonton video ini . Antara komen menarik adalah :

” Random, hahahaha.. Pandangan mummy tu, lawak weh.. Nak marah macam tak jadi marah.. Nak tergelak pun tak jadi, ahaha.. “

” Hahaha mcm ank aku sebijik.. Hahahaha semua habis dia tanya.. Jangan pancing singa … Baby oii.. Nanti satu taman dengar.. “

Gelagat Jebat yang begitu bersahaja serta sifat ingin tahunya itu turut menghiburkan ramai netizen. Rata-rata mereka terhibur melihat reaksi Noor Nabila yang cuba menahan ketawa, selain memuji kepetahan Jebat yang sering mengeluarkan soalan-soalan di luar jangkaan sehingga menceriakan suasana.

Perkongsian video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa Jebat sememangnya memiliki personaliti yang ceria dan menghiburkan. Tidak hairanlah setiap kali telatahnya dikongsikan di media sosial, pasti ada sahaja aksi spontan yang berjaya mencuit hati ramai serta mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG beritakopak, TikTok noonabila00

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak