Artis / Selebriti
” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video terbaru Thalita sedang berlatih menyanyi lagu English raih pujian warganet. Wah, serius best Thalita menyanyi lagu ni. Sebijik suara macam arwah Siti Sarah, terubat rindu peminat..
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik pelawak Shuib Sepahtu, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan anak perempuannya, Thalita, sedang menjalani latihan nyanyian. Menerusi rakaman tersebut, Shuib dilihat merakam aksi Thalita yang begitu tekun menyampaikan sebuah lagu berbahasa Inggeris.
Meskipun masih muda, Thalita berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Alunan suaranya yang lembut dan merdu mencuri perhatian ramai, malah keyakinannya ketika menyanyi turut menerima pujian daripada para pengikut di media sosial.
Perkongsian video itu menjadi perhatian warganet. Ramai yang berpendapat Thalita menunjukkan perkembangan yang sangat ketara dalam bidang nyanyian, terutama dari segi kawalan vokal dan cara penyampaian yang semakin matang berbanding sebelum ini.

Lebih menyentuh hati, tidak kurang juga warganet yang mengatakan tona suara Thalita kini semakin mirip dengan suara arwah ibunya, Siti Sarah. Persamaan tersebut membuatkan ramai berasa sebak kerana mengimbau kembali kelunakan suara Allahyarham yang pernah mencuri hati peminat industri muzik tanah air.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai nyanyian Thalita dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Good job Thalita.. Best, and suara Thalita makin jelas, sebutan sedap didengar.. Fly high Thalita.. Love You Thalita.. “
” Thank u Thalita sbb bertahan masa mula2 kena kecam dulu, teruskan bakat ibu ya sayang, ramai sayang arwah ibu you.. “
” Arwah Ibu memang suka lagu rentak mcm ni. Bila Dekta menyanyi mmg sama mcm ibu.. Terubat nak dengar suara ibu Dekta..
” Makin bermutu suara Thalita.. Good job anak… Keep it up.. Suara Thalita memang best nyanyi lagu English.. Dah macam suara ibu betul.. “
” That intonation so crystal clear.. Born talented.. Kalau arwah Kak Siti Sarah rasa dah amat bahagia sangat tengok bakat yang ada pada Thalita sekarang.. “
” Dik ko masuk big stage now.. Sendu betul aq tgk drng dik aduii.. Sbb hang ad groove yg baik dlm sing.. Suara bulat2, ad penghayatan. Depa big stage tu aduiiii.. “
” She memang ibuuuu sangaaaaatttt.. Makin sedap suara Thalita sekarang..I see ibu in Thalita. Hugs and love from Singapore.. “
Selain itu, warganet turut memberikan kata-kata semangat dan doa buat Thalita agar terus mengasah bakat yang dimilikinya. Ramai berharap Thalita akan terus berjaya dalam bidang nyanyian dan menjadi insan yang membanggakan keluarga, serta meneruskan legasi seni yang pernah ditinggalkan oleh arwah ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

