Artis / Selebriti
” Suara Uwais ala-ala Yantzen masa muda dulu, ada ketenangan.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni menyanyi lagu Dato’ Hattan, Mahligai Syahdu raih pujian ramai. Alahai sedap sungguh suara Uwais ni. Memang suara mahal..
Anak sulung Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Al-Qarni sudah pun meningkat remaja. Uwais seorang yang aktif dalam sukan golf dan pernah mewakili negeri Selangor baru-baru ini. Sebagai anak kepada penggiat seni, Uwais juga mempunyai bakat dalam nyanyian.
Sebelum ini, beberapa buah video Uwais menyanyi dan bermain gitar serta piano pernah dikongsikan oleh Shuib. Ada yang mengatakan Uwais seperti bayangan Aizat Hamdan kerana suara mereka yang seakan sama. Ramai yang suka mendengar suara husky Uwais itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ariffah01, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Uwais bersama Shuib dan Thalita menyanyi ketika sedang live. Selalunya warganet hanya dapat melihat Thalita dan Shuib menyanyi tetapi kali ini, Uwais juga turut menyanyi bersama.

Shuib dengan petikan gitarnya, manakala Uwais pula menyanyikan lagu Dato’ Hattan, Mahligai Syahdu sebagai hiburan untuk viewers yang menonton live mereka pada ketika itu. Suara Uwais yang lunak dan merdu itu dipuji oleh warganet. Kalau sudah namanya anak penyanyi, darah seni itu memang ada.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Sedap suara uwais, kemon ttmm akan dtg, ni bakat sebenar yg tak dpt dinafikan.. uwais ni ada aura macam ibu dia jugak.. berbakat semua anak-anak Shuib Sarah ni.. “
” Suara uwais, mcm suara daddy, suara talita mcm suara ibu, 2×2 sedap betulll.. anak anak yang berbakat besar.. “
” Sedap suara uwaiss. suara thalita seakan2 suara arwah siti sarah.. Comel lar uwaiss ni… Snyum je acik tgok.. “
” Uwais ni jarang bersuara tau. Selalu nampak dia sengeh sengeh je.. pergh sekali dia bukak suara, goosebump terus kita dengar.. suara uwais ada ketenangan.. “
” Uwais suara dia ala2 yantzen masa muda dulu.. sedap sangat suara Uwais ni. cuma tuannya pemalu sangat.. “
” Okey power dan mantap, suara boleh diasah lagi uwais ni.. suara dia macam daddy pulak.. love gila suara uwais.. “
” Macam suara atuk dia masa muda pun ada uwais ini.. suara uwais ni unik, ada aura yg blh buat org nk dgr lagii.. “
” Uik best o suara ank sulung arwah sarah ni.. Aura suara ibu dia.. boleh buat show ni, suara mantap.. darah seni mengalir.. “

Uwais ada suara yang unik dan boleh diketengahkan lagi bakatnya itu. Walau pun pemalu, Uwais tetap menyanyi dengan baik dan vokalnya memang wow. Semoga Uwais juga akan menjadi penyanyi hebat seperti arwah ibunya dan mungkin selepas ini boleh merakamkan lagu duet bersama Thalita dan Shuib.
Tonton video di bawah :
@ariffah01 pemalu btul uwais nie..🤣🤣
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ariffah01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman

