Artis / Selebriti
” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen
Video anak Siti Sairah, Siti Nurkhalishah Alisha hadir ke uji bakat Tom Tom Bak raih perhatian ramai. Wah, sedap betul suara Alisha menyanyi lagu Ella. Pak Nil sampai menjerit terkejut dengar. Power lah Alisha..
Sesi uji bakat untuk rancangan Tom Tom Bak kini sedang berlangsung dan dilihat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta cilik. Ramai kanak-kanak hadir untuk mencuba nasib, malah anak-anak selebriti yang turut mengambil peluang menunjukkan bakat mereka dalam sesi uji bakat tersebut.
Antara yang mencuri perhatian ialah anak kepada penyanyi, Siti Sairah iaitu Siti Nurkhalishah Alisha. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Alisha hadir ditemani kedua-dua ibu bapanya serta adik-beradiknya yang lain. Kehadiran mereka sekeluarga pastinya memberikan sokongan dan semangat kepada Alisha.
Lebih menarik perhatian apabila Alisha tampil mempersembahkan lagu Tiada Tangis Lagi yang dipopularkan oleh Ratu Rock, Ella. Walaupun masih kecil, Alisha dilihat cukup yakin ketika membuat persembahan dan berjaya membawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga mengundang perhatian ramai.

Persembahan Alisha turut membuatkan juri utama, Datuk Haji Aznil Haji Nawawi terkejut dan begitu kagum dengan keupayaan vokalnya. Reaksi spontan juri tersebut ketika mendengar nyanyian Alisha juga mencuri perhatian dan menunjukkan bakat yang dimiliki oleh anak kecil itu bukan calang-calang.

Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet selepas menonton video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. Sorang lagi bintang in the making.. “
” Hebat.. Banyak permata dr Saerah ni.. Semua hebat2.. Suara semua bukan level biasa2 beb, fuhhh merdu.. “
” Terbaik chicha.. Sama2 beratur bertungkus lumus semalam ngn ank aunty knmmg bagus n sgt friendly keluarga ini.. “
” Sis Erah…. Berulang kali saya tgk video ni… Sumpah sedap Chicaa nyanyi, kalau Ella dgr… Pasti dia nangis happy.. “
” Jarang-jarang weh budak2 usia mcm ni boleh bawa lagu ni, power lah.. Kagum kita yang dengar, sedap sangat.. “
” Mantap.. Semua keturunan Tokti boleh menyanyi, Sairah beranak byk2.. Hehe…Tak puas dengar, sedap sangat suara budak comel ni.. “
” Wow mcm suara Ella ..Best dengar. Sedap sgt.. Serak basah suara chica ni.. Ala-ala rock sesuai bawa lagu Ella.. “

Nampaknya Alisha bakal mengikuti langkah kakaknya, Umairah dan juga abangnya, Amad yang sudah menjejaki kaki ke bidang nyanyian. Sama ada Alisha bakal terpilih ke peringkat seterusnya atau tidak, sama-sama kita nantikan keputusannya nanti.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG baby.khalishah, astroceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

