Artis / Selebriti
” Sedap lunak Hussain menyanyi. Part last sedih pulak time ayah dia sayang dia.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Hussain Jamilul Hayat membawakan lagu Seniman Menangis di pentas final Big Stage 2026 buat ramai sebak. Penuh penghayatan Hussain malam ni. Part Hussain berlutut di kaki Pak Hayat tu touching sangat..
Pentas final Big Stage Rocketfuel 2026 sedang berlangsung dan seramai 6 orang peserta berjuang untuk merebut gelaran juara Big Stage musim ini. Hussain, Ranisha, Yadz, Danial Kifli, Danny dan Adam Nazmie, salah seorang daripada mereka akan memperolehi kontrak Rocketfuel bernilai RM200,000.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan salah seorang peserta kegemaran ramai iaitu Hussain. Lagu Seniman Menangis menjadi lagu taruhan Hussain untuk mempamerkan kekuatan vokalnya.
Sebagaimana yang Hussain janjikan kepada penyokongnya, dia akan melakukan yang terbaik untuk final ini. Hussain mengotakan janjinya dan persembahan Hussain pada malam ini ternyata hebat dan Hussain mempraktikkan tips dan nasihat daripada Dato’ Jamal Abdillah selaku penyanyi asal lagu ini.

Persembahan oleh Hussain itu mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada para penyokongnya yang hadir ke MBSA. Hussain mempamerkan mutu vokal yang paling terbaik sepanjang Big Stage berlangsung ditambah dengan petikan piano oleh Pak Hayat.

Persembahan Hussain pada malam ini cukup istimewa kerana dia ditemani ayahnya, Jamilul Hayat. Pak Hayat memainkan piano bagi mengiringi nyanyian anaknya ini. Satu kolaborasi yang hebat antara anak dan ayat. Lagu Seniman Menangis yang ditujukan khas untuk ayahnya.

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Hussain.. pak hayat teman hussain malam ni weh. sedap lunak Hussain menyanyi. part last sedih pulak time ayah dia sayang dia. nampak kasih sayang seorang ayah tu sangat menyerlah.. Hussain semga awak maju jaya dekat luar sana.. “
” Aku terus nangis.. Hussain sebak dalam nyanyiannya.. sedih sangat.. moga ada reeki anak pak hayat.. “
” Adakah Hussain menyanyi luahan bagi pihak ayahnya.. sumpah sedih sangat weh. aku pun nangis sama.. “
” Part cium pak hayat tu menangis dah.. semoga kemenangan berpihak kepada Hussain malam ni.. malam ni aku puas hati dengan persembahan Hussain.. “
” Menangis berjemaah weh.. aku nangis terus part Hussain peluk ayah dia tu. kenapa buat kita nangis ni Hussain.. “
” Kenapa terasa mencucuk cucuk di dalam hati dengar nyanyian Hussain ni.. aku menangis weh tengok hussain dengan pak hayat ni.. kasih sayang dorang tu.. “
” Sebaknya, penyampaian Hussain tu sampai betul ke hati. Kisah abah dia seniman yang akhirnya menangis sendiri.. menangis tanpa sengaja.. “
Satu persembahan yang menarik daripada Hussain dan vokalnya yang tidak dapat dinafikan lagi. Kalah atau menang, Hussain sudah berjaya sebagai juara dalam hati para peminatnya. Semoga Hussain terus maju jaya dalam kariernya selepas ini dan stay humble okey.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz, IG Sooka Malaysia, ig astro Malaysia, Threads hayits
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

