Connect with us

Artis / Selebriti

” Meremang tengok battle Hussain dan Adam Nazmi ni.. ” -Komen Netizen

Video battle Adam Nazmie dan Hussain menyanyikan lagu Terasing dan Merisik Khabar di Big Stage Rocketfuel final raih pujian warganet. Wah gempak lah battle BFF ni, kreatif dan padu sangat..

Selain persembahan solo daripada para peserta final Big Stage Rocketfuel 2026, segmen battle juga dinanti-nantikan oleh peminat rancangan realiti TV ini. Salah satu yang menjadi perhatian adalah battle Adam Nazmie dan Hussain. 3 sekawan ini memang akrab dan sudah lama berkawan.

Dek kerana itu, keserasian dan chemistry antara mereka mudah dicapai. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan F8buzz, telah dimuatnaik video yang memaparkan battle mereka menyampaikan lagu daripada Sudirman. Adam Nazmie menyanyikan lagu Terasing, manakala Hussain pula membawakan lagu Merisik Khabar.

Paduan suara mereka di pentas battle ini membuatkan ramai teruja. Vokal yang mantap, idea dan penguasaan pentas juga terbaik. Mereka bijak untuk membuatkan 2 buah lagu ini menjadi seakan satu. Battle yang menarik dan tidak cuba menjatuhkan antara satu sama lain.

Masing-masing saling melengkapi dan cuba mengharmonikan nyanyian mereka itu supaya kedengaran merdu. Ianya mendapat sorakan daripada penonton di auditorium. Salah satu battle yang memeriahkan dan menggamatkan suasana final malam ini.

Paduan suara Hussain, Adam dan Nazmie sangat hebat dan merdu. Cukup rencahnya dan membuatkan sesiapa mendengarnya boleh tersentuh hati. Bait lirik lagu Sudirman yang syahdu ditambah pula kelunakan suara trio ini, memang terbaik.

Hussain, Adam dan Nazmie, nyanyian battle yang bakal viral dan menjadi kegemaran orang ramai. Ketiga-tiga mereka ada vokal dan suara yang merdu dan tidak mustahil boleh menjadi penyanyi hebat dalam industri seni tanah air pada masa akan datang.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hibglam, IG Astro Gempak, IG F8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Castor Oil

Trending

Copyright © Berita Kopak