Connect with us

Artis / Selebriti

” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen

Video lagu single terbaru Hussain Jamilul Hayat berjudul Takkan Pernah buat peminat teruja. Fuh sedap lagu ni, sesuai dengan tone suara Hussain, ala-ala Judika. Part tarik masa chorus tu menusuk ke hati.. 

Finalis Big Stage Rocketfuel diberikan peluang untuk mempunyai single mereka sendiri oleh pihak Rocketfuel Entertainment. 8 orang peserta yang terpilih adalah Ranisha, Danial Kifli, Hussain,Adam Nazmie, Yad-Z, Danny Ismail, Aliff Kimiey dan Qilo.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ucin_micai, telah dikongsikan satu video yang memperdengarkan single Hussain yang berjudul Takkan Pernah. Johan John dan Ahmed Faez merupakan komposer dan penulis lirik untuk lagu Hussain ini.

Ramai yang memuji kelunakan suara Hussain membawakan lagu ini. Melodi lagu ini cukup indah dan sesuai dengan vokal Hussain. Memetik komen warganet, ramai yang berulang kali menonton video ini kerana tidak puas mendengar suara Hussain.

Hussain memiliki suara emas dan mampu menggegarkan arena hiburan negara. Kekuatan vokal Hussain dan sokongan peminat Hussain yang tidak pernah berkurang sejak bermulanya Talk To My Manager musim 2 dan kini berterusan pula di Big Stage.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Tak ada suara penyanyi lain yg Hussain ikut ini la suara dia yg sebenar tahniah.. Best nya lagu menusuk hati.. Betul lah mcm hussain ckp lagunya ada elemen judika Dan hafiz…semoga lagu hussain meletop di pasaran.. “

” Tolong lah ambik Hussain ni berlakon… pastu buat OST lagu ni… baru teaser pun kita dengar sedap.. please dato A Aida ambik dia berlakon dengan Azeva best tau kalau diorg berlakon bersama.. “

” Sedap nye lagu ni, sepatut nye bawa ke final big stage.. harap belanja sain final BS, syahdu wehh..  Betul la hussain cakap ada vibes2 judika.. “

” Alhamdulillah .. Alhamdulillah. Mmg original suara Hussain. Takda ikut suara sesapa pun. Sedap dan menusuk kalbu bila dengar lagu ni. syahduu nya pastia meletup.. “

” Adoii.. berulang2 dah ni dengar… habis terlekat dah ni.. Alhamdulillah sedapnya lagu ni, merdu dan lunak sungguh suara Hussain. Tahniah Hussain…fly high InshaAllah.. “

” Alhamdulillah hussain.sedap tak dibayangi sesiapa.mmng ko boleh pergi jauh insyaallah nak.. lagu galau baru.. “

” Alhamdulillah sedapnya lagu ni sesuai dgn vokal mu Hussain. sedap halwa telinga dengar lagu ni. part Hussain tarik chorus tu meremang.. “

Lirik dan melodi yang begitu indah, ditambah pula suara Hussain yang lunak merdu itu membuatkan lagu ini terasa menusuk ke hati pendengar. Semoga single Hussain ini akan meletop dan menaikkan lagi populariti Hussain dalam industri seni tanah air.

Tonton video di bawah :

@ucin_micai

New single and it HIT❤️‍🔥🔥 Congratulations, @hussainjamilul “Takkan Pernah”🤍 Definitely one to fall in love with🥹🎧 #hussainjamilulhayat

♬ original sound – beforethefame.hussain✨ – beforethefame.hussain✨

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok ucin_micai

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak