Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

Video Ayash Affan menyanyi lagu selamat hari lahir untuk dirinya sendiri buat warganet tersentuh. Alahai pandainya Ayash nyanyi, suara pun sedap. Tengok Ayash, terus terbayang arwah Siti Sarah. Sebaknya.. 

Pejam celik, pejam celik, anak terakhir peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin untuk Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan sudah pun berusia 5 tahun. Hari ini, tanggal 6 Ogos merupakan hari lahir Ayash dan ianya mengingatkan ramai wargamaya terhadap perjuangan Siti Sarah untuk melahirkan Ayash.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ayash menyambut ulangtahun kelahirannya itu. Kedengaran suara mama Shuib yang dipanggil nenek Salmi berbual dengan Ayash.

Ayash menyanyikan beberapa buah lagu hari lahir untuk dirinya sendiri. Telatah Ayash itu menghiburkan hati warganet. Ayash yang dahulunya menghadapi kesukaran bercakap kini sudah petah dan bijak. Ayash sememangnya suka menyanyi sama seperti kakak Thalita dan abang-abangnya.

Memetik komen warganet, dalam gembira melihat gelagat Ayash itu, hati warganet turut tersentuh kerana rindukan Siti Sarah. 5 tahun usia Ayash membawa erti, sudah 5 tahun juga Siti Sarah pergi meninggalkan insan-insan tersayang. Sekiranya Siti Sarah masih ada, pastinya arwah paling bahagia melihat perkembangan Ayash itu.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Happy birthday Ayash Affan.. semoga menjadi anak yang soleh,yang sentiasa mendoakan ibu disana,figura yang hebat berjaya dunia akhirat.. Aamiin Yra.. “

” Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Abg Ayyash.. semoga Allah rahmati seluruh kehidupan.. Hensem boys sgt.. “

” Happy birthday handsome boy Ayash Affan didoakan mnjadi anak yg soleh berjaya dunia akhirat, Aamiin.. “

” Ayashhhh… Ibu awak sgt sygkan awakkk… Tgk video ibu ye Ayashhhh.. teringgat kat siti sarah….. alfatihah.. “

” Anak baik sgt ni mcm ibu dia. Semoga slmt dunia akhirat ensem boy.. sanah Helwah ayash syg semoga dipermudahkan urusan.. “

” Kjapnya masa da 5 tahun.. Happy birthday Ayash Affan handsome boy. Semoga menjadi anak soleh , anak kebanggaan Ibu, Daddy, Mommy, Nenek & all your family. Aamiin.. “

” Ya Allah, sekejapnya ayash dh 5 tahun. Bermakna ibu dh 5 tahun tinggalkn org2 tersayang. HAPPY BIRTHDAY AYASH AFFAN.. “

Pandai Ayash menyanyi untuk diri sendiri. Ayash bukti kasih dan sayangnya ibu dan kini ibu telah pun bahagia di sana. Semoga Ayash selalu mendoakan ibu yang jauh di sana, menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya dan berjaya di dunia serta akhirat.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tablet

Trending

Copyright © Berita Kopak