Artis / Selebriti
” Saya takut bila orang cakap orang minat saya, macam berdosa pulak sebab.. ” – Arwah Cik Man
Video throwback temubual arwah Kamarool Haji Yusoff buat ramai tersentuh. Rupa-rupanya itu kata-kata terakhir Cik Man untuk semua. Satu hint yang Cik Man akan pergi buat selamanya..
Pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih popular dengan panggilan Cik Man dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya semalam akibat masalah jantung. Ianya satu berita yang mendukacitakan semua dan negara kehilangan sebutir lagi permata berharga yang berbakat besar.
Cik Man antara pelakon yang dikenali dan mempunyai auranya tersendiri. Bermula dengan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja, Cik Man kekal relevan sehingga sekarang. Trademark Cik Man iaitu dengan memuncungkan bibir sambil tangan diletakkan di muka yang paling diingati ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram mhi_tv3, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan ketika Cik Man hadir ke rancangan Malaysia Hari Ini sebagai tetamu jemputan. Segmen Nostalgia Seni dikupas bersama host MHI dan banyak nasihat yang Cik Man titipkan menerusi video ini.

Dalam tak sedar, Cik Man seakan-akan memberikan hint bahawa dirinya akan pergi untuk selama-lamanya. Cik Man seorang insan yang sentiasa merendah diri, sentiasa mesra dengan orang sekelilingnya dan mementingkan kejujuran dalam berkarya.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.. Last word Cik Man ‘jumpa di syurga’ tu macam hint.. macam dia dh tau dia dh tak lama.. Sungguh merendah diri, insan hebat yang mengakar ke bumi. Allahummaghfirlahum warhamhum waafihi wa’fuanhum.. al-fatihah.. “
” Cikman ni aku tiru smpi anak2 aku suka buat…cium tgn tu….terima kasih cikman bg suasana kasih syg…..syurga buat cikman orang baik…. ALFATIHAH.. “
” Arwah baik orangnya..terima kasih kerana pernah menghiburkan kami.. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga kita jumpa di syurga nanti.. “
” Seorang artis senior yang sangat baik, suka bergurau, suka ajak berbual dan banyak lagi. Terima kasih uncle Man untuk segalanya.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.. “
” Salam takziah kepada keluarga allahyarham.. terima kasih cikman (nama watak Rock 1-3) kerana mewarnai rakyat Malaysia dgn lawak dan lakonan serius. Jumpa di syurga Allah inshaallah.. “
” “atan mana ? duit kutu abg pun dia ngap” dunia seni tanah air gelap seketika bila tahu berita ini alfatihah cikman.. “
” Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan rohnya bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.. “

Kata-kata akhir yang akan selalu melekat dalam hati peminat Cik Man. Jumpa di syurga, ringkas namun membawa maksud yang sungguh mendalam. Semoga Cik Man tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk Cik Man.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG mhi tv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

