Artis / Selebriti
” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
Video sambungan podcast Ubai dan Seth Uwais bercerita mengenai konsert Shila Amzah buat warganet terhibur. Adoi tak suka konsert pulak Seth ni. Boleh pulak dia mengata Shila. Part gelak jahat tu kelakar betul, haha..
Pada perkongsian terdahulu, Ubai ada memuatnaik episod 1 podcast bersama anak lelakinya, Seth Uwais. Pengenalan diri Seth menerusi podcast itu membuatkan ramai terhibur kerana Seth menyebut namanya berbinkan nama Ubai.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Ubaihani, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan sambungan podcast tersebut. Kali ini, mereka berbicara mengenai pekerjaan mama dan papanya. Seth mengatakan mamanya seorang penyanyi dan sempat mempromosikan konsert Shila yang akan berlangsung di Genting pada bulan Ogos yang akan datang.
Ubai bertanyakan pula mengapa Shila sering ke China. Seth bijak menjawab dengan memberitahu mamanya seorang penyanyi dan banyak konsert di China. Namun Seth tidak gembira apabila berada di konsert kerana suasana begitu bising.

Jawapan Seth itu membuatkan Ubai berdekah ketawa. Seth juga turut ketawa bersama papanya itu. Memetik komen warganet, Seth boleh berkawan dengan anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa kerana mempunyai kecenderungan yang sama. Penjelasan Seth mengenai pekerjaan Ubai juga mencuit hati.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Shila … tengok ni… macam tengah mengumpat mommy je ni.. Sethy boleh kawan dengan Afwa anak Tokti. Pun tak suka bising-bising hahaha.. “
” Boleh kawan dengan afwa ni. mak diorang bising.. layan je celoteh seth ni.. acik pun terhibur dengar seth bercakap. bijak sangat.. “
” Dia punya gelak macam aku tengah gelak jahat.. aku suka seth gelak.. boleh join afwa tak suka bising haha.. “
” Gelak jahat oo haha.. kemain gelak dia tu, dia kita ikut ketawa sama.. Terbaik, Seth….. Suka btul dia di interview oleh Papa dia…. Luv you, Seth.. “
” Haha elok ko geng dengan Afwa.. bijak sangat seth ni. suka tengok confident level dia tu.. bagus interview ni.. “
” Haha, bijak bijak bijak. singer outside and singer at home.. anak bapak sekepala..dh besar nnt join rxz mmbr sama sama.. “
” Seth is such an adorable n loving boy. geram je dengar seth bercakap tu.. 1m thousand ringgit Thts a lots of money.. “

Bijak dan ada sahaja akal Seth menjawab semua soalan-soalan daripada Ubai itu. Nampaknya Seth dan Afwa boleh menjadi kawan kerana tidak suka mak mereka menyanyi dan suasana bising. Apa-apa pun, semoga Seth menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga selalu.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

