Artis / Selebriti
” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
Video Jebat Jayden membaca ayat hafazan surah Al-Ma’un raih pujian ramai. Wah, Jebat dah tak tertinggal jauh dengan Bilal, dah mula mengejar. Bacaan Jebat pun jelas, lengkap dengan tajwid lagi. Sejuk perut mummy..
Pada perkongsian terdahulu, Noor Nabila ada memuatnaik video perbualannya bersama anaknya, Jebat Jayden yang tidak mahu dibandingkan dengan sepupunya, Muhammad Bilal. Ini ekoran Noor Nabila meminta Jebat ke masjid seperti Bilal. Jawapan yang diberikan oleh Jebat mengatakan dia sudah tertinggal jauh dengan Bilal mencuit hati ramai.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Noor Nabila, telah dimuatnaik satu perkongsian terkini yang memaparkan Jebat membaca ayat hafazan surah Al-Ma’un. Rosix yang merakamkan moment ini meminta Jebat untuk membacakan surah tersebut.
Bacaan dan sebutan Jebat jelas dari awal sehingga ke akhir surah. Rosix memberikan pujian kepada Jebat dan mengatakan Jebat bukan lah tertinggal jauh dan kini sedang mengejar Bilal. Kata=kata Rosix itu membuatkan warganet terhibur. Rosix sememangnya kawan dan pembakar semangat yang terbaik untuk Jebat.

Rosix juga memberitahu di hujung video, sejuk perut Noor Nabila mengandungkan Jebat kerana kehebatan Jebat itu. Ibu mana yang tidak bangga apabila anak pada usia ini boleh menghafal surah pendek. Ini satu permulaan yang baik untuk Jebat bagi menjadi seorang pencinta kalam suci Al-quran.

Lebih 6000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Selangkah je lagi Jayden. dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dh.. Slowly but surely baby.. pandai lah baby.. “
” Dah dekat dgn bilal lah macam ni heheheh.. come on jayden.. Alhamdulillah goodboy jayden .. bakal ustaz Jayden.. “
” Dah tak tertinggal jauh dengan Bilal dah ni haha.. Alhamdulillah. Jebat Jayden sesungguh nya Anak Mummy NoorNabilah dan Baba Shaarnaz Ahmad yang bijak pandai, Soleh, cemerlang dan berjaya Dunia dan Akhirat.. “
” Bijak lah Jayden, semakin rapat dengan Bilal.. makin dekat dah tu Jayden, dah boleh kejar Bilal.. “
” MasyaAllah tabarakallah good job bebi dah tak tertinggal. Dah boleh ikot bilal join jemaah.. Acik doakan Jayden dipermudah menghafal lebih byk surah….semoga takdir yang baik2 shj untukmu duhai anak.. “
” Ermm.. xdelah tertinggal jauh sgt… ermmm…. Caiyok baby.. sempat lagi bby nak kejar bilal. x jauh dah tu.. “
” Mashaa Allah .. Dah dekat sangat tu Jayden, anak soleh, anak bijak.. nanti boleh potong Bilal dah kat kona baring tu …well done..lps ni jemaah di masjid naaa..anak bertuah, penyejuk hati keluarga.. “

Lancar dan jelas sebutan Jebat, Alhamdulillah satu usaha yang terbaik daripada Jebat. Tidak mustahil untuk Jebat mengejar Bilal apabila ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi seperti ini. Semoga Jebat Jayden terus berusaha dan diberikan kemudahan untuk mengingati ayat suci Al-quran.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

