Artis / Selebriti
” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
Video luahan hati Watie Hanifiah mengenai isu Shuib Sepahtu selalu menyebut kerinduan terhadap arwah Siti Sarah buat ramai tersentuh Akhirnya warganet tahu apa yang Watie rasa..
Semenjak Shuib Sepahtu mendirikan rumahtangga bersama Watie Hanifiah, ramai yang mempersoalkan mengapa Watie yang dipilih sebagai isteri dan ibu sambung kepada anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin. Sedikit demi sedikit, persepsi orang ramai terhadap Watie berubah kerana sikap Watie yang penyayang dan menerima Shuib seadanya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok tooprettytohandle, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib dan Watie tampil sebagai tetamu podcast Too Pretty To Handle. Banyak yang dibincangkan menerusi podcast ini dan salah satunya adalah mengenai sikap Shuib yang selalu meluahkan kerinduannya terhadap Siti Sarah.
Ramai juga yang menegur tindakan Shuib itu dan mengatakan Shuib seakan-akan tidak menghormati perasaan Watie. Menerusi video perkongsian ini, Watie akhirnya menjawab isu tersebut. Watie menegaskan sekiranya dia merungut dan tidak berpuas hati dengan tindakan Shuib itu, pasti rumahtangga mereka tidak akan tenang dan sentiasa dalam keadaan kacau bilau.

Watie sangat berlapang dada dan lebih memilih kejujuran daripada Shuib walaupun perkara mungkin menyakitkan hatinya. Watie turut mengatakan, dalam satu perkahwinan, sekiranya ada terkecil hati atau cemburu, pasti tiada kegembiraan dalam rumahtangga itu. Watie sangat matang pemikirannya dan ianya dipuji oleh warganet.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Bila orang matang berkata-kata. terbaik lah watie.. setujuu sukaa watiee cara pemikiran dia matang…berlapang dada kan.. watie ni hebat lah.. “
” Same like arwah…baik buruk apa sekalipun..terus terang,jgn menipu. Bagus penjelasan Watie, saya setuju. di situ kita nampak keikhlasan WAtie terima shuib dengan anak anak.. “
” Pendapat sy, watie sngt2 care dgn suami dn anak2 tiri dia.. sangat2 care.. ssh nk jumpa perempuan mcm ni seriess.. “
” Bagusnya berkata kata Wati ni semoga rumahtangga kekal aman. untung Shuib dapat isteri seikhlas watie.. “
” Jujur apa yg watie rasa sakit sgt2….semoga trs kuat tapi watie memang wanita hebat dan berlapang dada. sebb tu ank2 dia mnja dng dia sbb dia jujur.ank2 boleh nmpak keikhlasanya.. “
” Suka mindset watie. watie ni memang ibu dan isteri yang baik.. bagis watie ni, matang bila berkata kata dan meluahkan.. “
” Betul lah apa yg watie ckp tu..tp bkn mudah nak jd sperti watie. watie seorg ibu, seorg isteri yg sgt baik.. dan bgitu jg shuib seorg suami dan ayh ug baik.. sama² mghargai.. sama² jujur.. tiada rahsia diantara mereka berdua.. “

Akhirnya terkeluar juga apa yang Watie pendamkan dan ini adalah diri Watie yang sebenar. Beruntungnya Shuib kerana dikurniakan wanita hebat ini sebagai isteri dan untungnya anak-anak kerana mendapat ibu sambung sebaik Watie. Semoga Watie terus bahagia bersama keluarga tersayang.
Tonton video di bawah :
@tooprettytohandle_ Shuib & Watie @shuibsepahtu @watiehanifiah : YOU ASYIK CAKAP PASAL ARWAH ISTERI YOU….YOU INGAT I TAK ADA PERASAAN KE…. estikamedispa telekungtea shuibsepahtu watiehanafiah tooprettytohandlepodcast @estikamedispa @telekungtea
♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok tooprettytohandle_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

