Artis / Selebriti
” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
Video moment anak Bella Astillah, Ara Adreanna berlari memeluk YB Syed Saddiq sebaik nampak kelibat YB Saddiq di Misi Larian Kesyukuran buat ramai tersentuh. Alahai manja sungguh Ara dengan daddy. Sebak tengok..
Petang tadi Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memulakan Misi Larian Kesyukuran sejauh kira-kira 170 kilometer bermula dari pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya menuju ke Muar, Johor. Larian tersebut dilakukan sebagai tanda kesyukuran selepas melalui perjuangan panjang untuk membersihkan nama dan maruahnya.
Meninjau di akaun TikTok sitieiyka90, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan suasana ketika sebelum misi berkenaan bermula. Antara yang mencuri perhatian ramai adalah kehadiran anak kepada Bella Astillah, Ara Adreanna yang turut hadir bagi memberikan sokongan dan semangat kepada YB Syed Saddiq.
Menerusi video tersebut, kelihatan Ara berlari mendapatkan YB Syed Saddiq sebaik sahaja melihatnya. Tanpa berlengah, Ara terus memeluk Ahli Parlimen Muar itu sebelum didukung dengan penuh kasih sayang. Momen spontan itu menyentuh hati ramai yang menyaksikan rakaman berkenaan.

Lebih mengundang sebak, YB Syed Saddiq dilihat tersenyum lebar sambil melayan kemesraan Ara sebelum memulakan lariannya. Keakraban mereka sekali lagi menjadi perhatian warganet, malah ramai yang tersentuh melihat sokongan yang diberikan oleh Ara kepada YB Syed Saddiq dalam misi penuh bermakna itu.
Tonton video di bawah ini :
@sitieiyka90 Larian kesyukuran dari Putrajaya ke muar Semoga dipermudahkan segala urusan dan baik2 saja bt yb syed saddiq 🤲🏻 #syedsaddiq #bellaastillah #bassfamily
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai manja daddy dia, comel lah tengok.. Kesayangan Daddy ni. Pemberi semangat utk Daddy.. Kita tengok pun tumpan happy tau.. “
” Ya Allah peliharalah Yb Syed Saddiq dan Bella Astillah serta ank ank dgn ikatan kasih syg yg kekal abadi.semuga niat yb utk rakyat muar d permudahkan.
” Manja betul kan Ara dengan YB.. Terharu tengok kasih sayang yang YB bagi dekat anak2 Bella.. Nampak Ara memang sayang sangat2 dekat daddy dia.. “
” MasyaAllah Tabarakallah Si Manja Daddy.. Alhamdulillah Ara tempoyot kesayangan daddy dia.. Sweet sangat tengok tau.. “
” Alhamdulillah, Allah has truly blessed Ara and Ayden with the best father figure they could ask for and soon Bella Astillah with a loving and righteous husband YB Syed Saddiq.. “
” May Allah continue to shower this family with endless barakah and bless their marriage with mawaddah, wa rahmah and sakinah. Ameen.
” Seorang yang penyayang.. Tengok dia bela kucing kat rumah sebelum ni pun dah tau hati dia macam mana.. “
” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung dan melekap dekat daddy.. “
Selain itu, warganet juga turut menyifatkan pelukan ikhlas Ara berjaya menyuntik semangat kepada YB Syed Saddiq untuk meneruskan misi tersebut, selain mendoakan agar perjalanan larian itu dipermudahkan. Semoga YB Syed Saddiq sentiasa diberikan kekuatan serta dipelihara sepanjang mengharungi cabaran sejauh 170 kilometer itu.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitieiyka90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

