Artis / Selebriti
” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
Pendedahan Abby Abadi mengenai konflik bersama mantan suaminya, Norman Hakim buat ramai terkejut. Tak sangka sampai macam tu sekali. Patut lah Abby lantang bersuara..
Isu panas melibatkan Abby Abadi dan Norman Hakim nampaknya masih belum menemui titik noktahnya. Banyak perkara yang dibangkitkan oleh Abby lebih-lebih lagi, ianya melibatkan anak-anak mereka, Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Mengikut hukum agama, selepas terjadinya penceraian, bapa tetap wajib memberikan nafkah untuk anak-anaknya dari segi tempat tinggal, makanan, pendidikan dan banyak lagi. Ianya tidak berubah sekali pun si ayah berkahwin lain dan mempunyai keluarga baru.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan satu coretan panjang bercerita masalah sebenar yang terjadi. Kata Abby, dia perlu bersuara menuntut hak anak-anaknya. Apa yang terlihat di media sosial bukan lah realiti sebenar yang terjadi.

Abby turut mendedahkan anak-anaknya pernah dihalau keluar dari rumah mantan suaminya itu dan tidak dibenarkan menumpang di situ. Banyak perkara yang tersingkap yang mengejutkan warganet. Abby juga meminta untuk semua membaca dengan jelas agar faham situasi sebenar.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Abby ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Bila diam Kita sakit. Bila bersuara org Kata Kita jahat. Moga Allah permudahkan Segala urusan Abby & Anak2. Moga semua jd Baik sebaik-baik keadaan. Moga tiada lg sengketa demi utk masa dpn Anak2. Aamiin Allahumma Aamiin. Jaga dirimu Adikku.. “
” Bila lagi nak fight utk anak kalau bukan kat dunia. Takkan nak tunggu Allah hukum kat akhirat? Segelintir jantan2 ambil mudah hak anak2. Sembang agama tapi pijak semut tak mati. Wallahuallam. Moga ibu2 yg berjuang utk anak2 dibantu ALLAH.. “
” Moga kak Abby kuat…hugs Dari jauh..moga Allah kurniakan kak Abby kesihatan yg baik dan diberikan kekuatan.. “
” Yang faham je faham, tak kena dekat batang hidung sendiri jgn banyak bunyi. Semoga diberi kekuatan utk orang2 teraniaya.. “
” Moga allah bgi akk kuat utk bersuara hak anak2 akk ye. terima kasih menjadi ibu yg hebat buat anak2.. Faham sangat. Hilang kata kata dah. Semoga dipermudahkan urusan kak Abby. Doa org teraniaya nie tak ada hijab.. “
” Kami sokong kak abby dari jauh. Teruskan perjuangan kak abby sampai berjaya. Insha Allah, Allah pasti akan bantu kak abby untuk menuntut keadilan.. “
” Jahat betul ye yg belah sana..bnyk lakonan rupanyaa..kesian kak abby dan anak2 jangan pernah mengalahh.. yg faham je faham..semoga kak abby terus pertahankan hak anak2.. “
Ada perkara yang masih perlu Abby perjuangkan untuk anak-anaknya. Ini bukan isu mengungkit tetapi keadilan untuk anak-anak Abby. Semoga Abby diberikan kekuatan untuk terus lantang bersuara dan Allah melembutkan hati si dia untuk membayar semua hutang nafkah yang tertangguh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman

