Connect with us

Artis / Selebriti

” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal

Perkongsian suami Abby Abadi, Jai Faizal mengenai apa yang terjadi pada Abby buat ramai tersentuh. Bait-bait ayat yang menyentuh hati dan mengusik jiwa. Boleh menangis cara coreten Jai ni, sebak sangat..

Beberapa hari ni, nama Abby Abadi hangat diperkatakan oleh warganet. Abby nama yang cukup dikenali ramai dan kisah hidupnya juga menjadi perhatian orang ramai. Dalam kehangatan kisah Abby bersama anak dan mantan suaminya Norman Hakim, suami Abby iaitu Faizal atau lebih dikenali dengan nama Jai tampil mempertahankan Abby.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jai Faizal, telah dikongsikan gambar-gambar Jai bersama Abby beserta satu coretan luahan rasa yang panjang. Jarang untuk Jai menulis panjang seperti ini dan coretannya ini cukup tenang dibaca.

Jai insan yang melihat jatuh bangunnya Abby dan selalu ada di sisi saat Abby di titik terendah hidupnya. Kesedihan dan kelukaan yang dipendam oleh Abby turut dirasai oleh Jai. Sebagai suami, Jai hanya mahukan Abby bahagia dan gembira.

Orang luar hanya melihat Abby sentiasa tersenyum namun hakikatnya, banyak duka yang Abby sorokkan. Warganet memuji cara Jai memberikan kata-kata semangat untuk Abby. Jai selayaknya berada di sisi Abby sebagai pelindung dan tempat untuk Abby meluahkan rasa.

Jom baca perkongsian di bawah :

@jaifaizal_147

Bila sebut Abby Abadi, siapa yg tak kenal, siapa yg tak tahu…dlm pelbagai pujian telah terselit cacian, tp tak pa sentiasa maafkan sbb mereka mingkin tak kenal dan tak pernah berada dlm circle ini. Sayang @abbyabadi.exclusive saya tahu mcmana remuknya hati dan perasaan sayang, keluhan yg sentiasa dipendam, walaupun sentiasa senyum tapi saya tahu hati sayang sentiasa menangis, luka yg tidak akan hilangnya parut. Sayang…saya sentiasa doakan sayang hingga akhir hayat saya..kalaulah masalah beban itu boleh dipindah…saya nk tanggung segala beban sayang tu…saya nk sayang happy, tiada sedih dan biar hidup sayang sentiasa happy, iya saya bukan insan yg nmpk hebat diluar tapi saya tetap jadi hebat untuk sayang…saya tak peduli apa org kata tentang saya, biar saya nmpk hebat depan sayang. Saya nk kita tua sama2 Cuma saya takut kalau Allah panggil saya pulang lebih awal dr sayang, siapa yg akan akan dengar segala apa yg sayang hadapi, sentiasa ada dikala sayang sedih..sentiasa peluk utk tenangkan sayang…Saya takut sgt2, sbb saya tahu tak ada sesiapa pun. Moga anak3 Daiyan Dayana Darda menjadi peneman dan penenang sayang dikala sedih nnt, berbualkan dengan mereka…merekalah penganti saya nnt. Apa2 pun kita doakan, kalau tiba Allah nk panggil kita pulang biarlah bersama2… Semua org Sayang…sayang, ni ada wasap Ma semalam… “Long. Ma simpati dgn nasib Abby.. Tapi apa yg ma harapkan hanya sabar dan mengadu dgn Allah sahaja Itu yg terbaik Ma harap agar long jagalah dia sebaik mungkin. Jangan sakiti hatinya.. Ma pun akan menyayanginya seperti anak ma sendiri..” Ya Allah, sesungguhnya akulah saksi segalan apa pengorbanan yang dilakukan Isteriku sepanjang hayatku bersamanya, bagaimana ia pelihara solatnya, auratnya segalannya untukMu Ya Allah. Bagaimana gembira dan kesedihannya hanya untuk org lain, bukan utk dirinya sendiri..segala kesusahan kesulitan hanya utk org lain, besarnya pengorbanannya Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah..tunaikan setiap apa yang diinginkan..permudahkanlah dan tempatkannya nnti di Syurga tertinggi Mu Ya Allah. Sayang ada saya dan anak3….bila tiba masanya kita pergi jauh, jom kita hijrah. Ada masanya tempatbkita duduk ini sudah tidak sesuai untuk kita.

♬ original sound – JaiFaizal Official – JaiFaizal Official

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Serius talk . sgt jarang nk tgok kaum suami luah perasaan . tp setiap ayat² dia sgt deep n penenang utk isterinya . moga kekal brkasih syg hgga ke syurga.. “

” Nangis baca coretan Jai ni. panjang lebar dia bagi semangat untuk Abby. Mahal vibes suami Abby ni. tak bising bising tapi mungkin kesian tengok isteri, dia tampil ke depan pertahankan isterinya.. “

” Berhijrah lah jika perlu. Jauhkan dari media sosial jika itu membuatkan kita tenang. Hiduplah secara sederhana dan membahagiakan. Sesungguhnya tenang itu mahal.. “

” Menitik juga air mata baca coretan isi hati suami. Sebagai ibu, saya faham perasaan Abby. Moga Abby sentiasa dlm Rahmat & Kasih SayangNya.. “

” Sedih saya baca coretan suaminya buat Abby Abadi. Menitik juga air mata ni. Tak pernah berjumpa dengan Abby Abadi tapi jauh di sudut hati saya, Abby memang seorang wanita yang sangat baik, ibu yang sangat kasih dengan anak anaknya.. “

” Berhijrah la kak Abby..Mungkin tmpt tu dah tak sesuai tok kalian..Semoga anak3 ni kenang jasa mama&abah bila dah bsr nnt yea..Skrg kecik lg,belajar pndai2..Cari tmpt yg sesuai tok sembuh’n hati yg terluka tu..Semoga bisnes kak Abby semakin maju..Ramai2 kita support ibu tabah ni.. “

” Suaminya je tahu peritnya dia kan. Indahnya bait kata dari suami kak abby…sy dari dulu follow kak abby ni…tp sy tahu dia wanita hebat..wanita kuat..semoga terpilih sbg wanita idaman syurga kerana sifat sabarnya.. “

” Sifat pemaafnya..sifat redha nya…sy yakin jika indahnya bahagia dunia ini bukan milik kak abby..Allah pasti janjikan utk kak abby bahagia yg sbnr2nya nti di tempat yg kekal abadi..abg jai jgn tinggalkan kak abby.krn abg lelaki yg tepat utk kak abby.. “

Hanya Jai yang lebih memahami dan melihat segala pengorbanan dan kesedihan yang Abby tanggung selama ini. Kata-kata daripada seorang suami yang mempertahankan isterinya dari mata manusia menusuk ke hati. Semoga Abby terus kuat dan Jai akan sentiasa berada di sisi Abby selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Jai Faizal , IG Jai Faizal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak