Connect with us

Artis / Selebriti

” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad

Ulasan juri-juri Big Stage, Hael Husaini dan Akim Ahmad mengenai kejayaan Hussain Jamilul Hayat sebagai juara. Memang Hussain selayaknya..

Ada yang mempertikaikan markah para juri untuk peserta final Big Stage Rocketfuel 2026 yang telah pun berlangsung semalam. 3 orang juri tetap iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno cuba menjalankan amanah sebagai juri dengan sebaiknya.

Untuk konsert final semalam, Datuk Ramli MS menjadi juri jemputan dan banyak nasihat berguna diberikan kepada semua peserta. Format final Big Stage kali ini iaitu 30 peratus markah dari undian online dan 70 peratus markah pula daripada semua juri.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sidang media sejurus selepas tamatnya Big Stage. Banyak soalan yang diajukan oleh para wartawan kepada juri-juri ini termasuk kemenangan Hussain.

Kata Hael dan Akim, markah diberikan berdasarkan persembahan dan konsisten peserta dari minggu pertama sehingga minggu akhir. Bagi Akim, dia berpuas hati dengan keputusan final dan Hussain selayaknya menjadi juara kerana mutu yang dimilikinya itu.

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Kalau harap pemarkahan juri Hussain memang dbawah,tapi rezeki tak Salah alamat,Hussain menang jua akhirnya.yg bagus nya ada tokram,tok nas,baru juri yg berpengalaman.. “

” Bagus Komen Akiem ni.. saya suka..saya suka.. Akim dia nampak potensi yang ada pada Hussain ni. Boleh jadi pelapis dan satu fenomena.. “

” Apa nak dihairankan, dah dia dilahirkan dari family penyanyi tapiii.. kalau dia tak usaha sekuat ni, tak mungkin juga akan jadi juara. Pokoknya Hussain usaha keras dan ni hasilnya.. “

” TAHNIAH juri online…depa ni yg bijak menilai…mndengar nyanyian dgn bgus…klu xda juri online ni .bakat yg besar akan tersia2…undian juri online.. “

” Akim smlm bgus byk brckp dgn peserta.tpi haeil mcm xda semngat.. Memang selayaknya kemenangan utk Hussain malam td.. “

” Alhamdulillah tahniah buat Hussain. persembahan Hussain memang mantap dari persembahan solo, battle dan debut single.. semua padu.. “

” Suka dengar komen juri ni.. memang layak Hussain sebab dia berjuang habis habisan , 18 minggu weh.. hampir nak setengah tahun.. tak kuat mental, memang dah lama angkat kaki.. “

Tidak hanya kerana undian online tetapi persembahan yang dipamerkan oleh Hussain di pentas final semalam yang melayakkan dirinya bergelar juara. Rezeki sudah tertulis untuk Hussain dan semoga segala pengalaman dan pembelajaran yang dikutip sepanjang TTMM2 dan Big Stage akan digunakan dengan sebaiknya.

Tonton video di bawah :

@mediahiburanofficial

Juri tetap Hael Husaini dan Akim Ahmad tampil mengulas mengenai kejayaan Hussain yang dinobatkan sebagai juara Big Stage Rocketfuel. Menurut mereka, kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang hadir secara mudah, sebaliknya hasil daripada konsistensi, perkembangan serta usaha yang ditampilkan Hussain sepanjang menyertai pertandingan berkenaan. Saksikan Big Stage Rocketfuel. Setiap Ahad, 9 malam. Strim melalui Astro One dan sooka #BigStagexRocketfuel #AstroOne #sooka #DominasiFR

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Media Hiburan 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elformula

Trending

Copyright © Berita Kopak