Artis / Selebriti
” Fenomena Tsu-Mawi kembali, Tsu-Hussain. Undian online tu, fuh supporter Hussain next level.. ” – Komen Netizen
Ini markah penuh semua peserta final Big Stage Rocketfuel 2026 termasuk markah daripada Datuk Ramli MS. Wah sengit betul markah semua, tak jauh beza. Part undian online tu, hebat betul penyokong Hussain. Bolot habis ni..
Big Stage Rocketfuel 2026 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Sebagaimana yang diketahui, Hussain Jamilul Hayat dinobatkan sebagai Juara Big Stage musim ini. Ini sememangnya antara juara yang dijangka oleh ramai peminat Big Stage kerana persembahan Hussain memang all out.
Pada paparan markah di pentas Big Stage semalam, hanya markah Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno yang dipaparkan. Markah juri jemputan iaitu Datuk Ramli MS atau mesra dengan panggilan Tok Ram tidak ditunjukkan kepada penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan markah keseluruhan untuk semua finalis Big Stage dari tempat pertama sehingga tempat ke enam. Jika dilihat dari papan markah ini, persaingan yang cukup sengit antara Hussain, Adam Nazmie dan Ranisha.

Setiap juri ada pandangan dan penjurian mereka tersendiri dalam memberi markah kepada semua peserta. Setelah dikumpulkan semua markah daripada Hael, Akim, Aisha dan Tok Ram serta undian online, Hussain mencatat markah tertinggi.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” HUSAIN MMG LAYAK JUARA, MMG RAMAI PEMINAT NYA, alhamdulillah, MMG ADA GAYA JADI CELEBRITY DGN POSITIVE HUMBLE ATTITUDE NYA, MMG REZEKI DIA SYUKUR ALHAMDULILLAH.. “
” Kalau xde undian pn dia mmg layak je juara.. Happy for Hussain bila dia juara. Tahniah Hussain.. “
” Pergh undian online Hussain bolot hihi. Rezeki hussain selalu mendahului ibubapa dy dan keluarga, Alhamdulillah…fly high and buckle up hussain and keep humble always.. “
” Kalaulah undian 10% hussain tetap juara. Tp kena ingat tau musim musim lepas pun memang dah ade undian online. Dah namanya rezeki hussain mlm ni.. “
” Yg nok dngor lagu dan suara…semuanya dri online…memang patut Hussain jdi juara .. “
” Okay la tu peminat buat kerja. Sah2 popular sebab tu ada peminat haha. Bagus mcm mana pun kalau takde peminat acanor. Penyanyi no 1 pun sampai skrg ada fan club. Relevan la fan club.. “
” Seperti yg ajai ckp kne ada suara & boleh jual. Itu la Jamak Hussain dua2 ada. Markah perform tidak pon jauh beza dgn no 2 & 3. Dan ada fans yg kuat.. “
” Fenomena Tsu-Mawi kembali, Tsu-Hussain.. Astro nak cari duit ni. Diwjudkan undi online sbb dia tau supporter Hussain kt luar tu next level. Giler lah undi on9 hussain sampai 22%. Apapun tahniah hussain.. “

Hussain sememangnya layak menang kerana persembahannya untuk semua pusingan semalam memang all out. Sudah tertulis rezeki Hussain untuk menjadi juara musim ini. Tahniah kepada Hussain dan semoga Hussain akan lebih maju jaya selepas ini. Dengar-dengarnya job Hussain sudah tersusun menanti selepas ini.
Ikut perkongsian di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

