Artis / Selebriti
” Mak, abah. Abah, Sain berjaya abah.. ” – Hussain
Video ucapan Hussain Jamilul Hayat ketika dinobatkan sebagai juara Big Stage Rocketfuel 2026 buat ramai sebak. Kata-kata yang menusuk ke hati. Tengok Pak Hayat menangis lagi bertambah rasa sedihnya. Semuanya untuk Abah..
18 minggu bukan tempoh yang singkat bagi Hussain Jamilul Hayat. Hussain yang bermula di pentas Talk To My Manager musim 2 (TTMM 2) dan kemudiannya menyambung pula perjuangannya di Big Stage Rocketfuel 2026. Ianya memerlukan ketahanan mental dan kekuatan kerana banyak tenaga yang diperlukan.
Segala penat lelah Hussain selama 18 minggu itu berbayar apabila Hussain dinobatkan sebagai juara Big Stage semalam. Persaingan sengit di pentas final dan Hussain memberikan persembahan yang terbaik dan meninggalkan kesan di hati penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Media Hiburan Official, Astro Gempak dan Tiktok Hibglam, telah dikongsikan moment manis ketika nama Hussain diumumkan sebagai juara. Jeritan kegembiraan daripada para penyokong Hussain memenuhi segenap auditorium.

Apa yang menarik hati adalah ucapan Hussain kepada penyokong dan kedua ibu bapanya. Pak Hayat yang berada di kerusi penonton tidak dapat menahan air matanya mendengar ucapan Hussain. Ucapan yang ikhlas daripada hati seorang anak.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Perkataan yg Hussain ucapkan tuu… menitik air mata aunty..semoga senantiasa di berikan keberkatan dr Allah.. Hussain anak yang baik, bangga abah dan mak.. “
” HUSSAIN lubuk emas buat Astro. Ini apa yg Juri Jemputan Ajai bg tahu kn. HUSSAIN pun yang terbaik sangat masa final . Alhamdulilah syukur. Aamiin.. “
” Alhamdulillah Hussain awak berjaya ubah nasib keluargaaa.. mula mula dah sedih tengok sedihhh sangattt bila tahu Hussain juaraaaa ingat top 3 aje.. “
” Dengar ucapan Hussain tu auto menangis, Betapa Hussain berusaha nak berjaya kerana nak banggakan abah dan mak.. Hussain memang layak.. “
” Tak sedar keluar air mata tengok Pak Hayat menangis gembira. Ucapan Hussain tu betul betul menusuk ke hati. Bukan abah je, kami pun nangis sama.. “
” Sumpah sebak, 18 minggu yang bermacam benda Hussain tempoh dan kejayaan ni, hadiah terindah Hussain beri untuk Abah dan Maknya.. “
” Ucapan Hussain tu, aku tak boleh lah. Tengok pak hayat nangis aku yang banjir dulu.. Hussain berjuang untuk abah tersayang.. Allah beri kejayaan untuk Hussain.. “

Kejayaan Hussain satu kebanggaan untuk Pak Hayat dan keluarga. Segala kesusahan, kepayahan dan kesedihan berbayar dengan kejayaan ini. Hussain anak yang baik dan pastinya akan selalu membanggakan Abah dan keluarga dengan semua yang dicapainya itu. Terus maju jaya Jamak Hussain dalam dunia hiburan.
Tonton video-video di bawah :
@hibglam.com.my “Abah, saya berjaya abah.” Sebak denar ucapan Hussain, tak sia-sia usaha Hussain dari Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sampai ke pentas Big Stage X Rocketfuel! #hussain #juara #bigstagexrocketfuel #astro #hibglam
@malaysiatrends
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan, tt malaysiatrends, tt hibglam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

