Connect with us

Artis / Selebriti

” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman

Video Amira Othman menjelaskan kenapa masih belum berkongsi gambar wajah anaknya, Muhammad Jarir Umar kepada umum. Patut lah Amira tak nak kongsi lagi, ini sebabnya..

Meninjau di akaun TikTok milik monalizajantan, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi Amira Othman sedang mengadakan sesi siaran langsung bersama para peminatnya. Menerusi sesi tersebut, Amira dilihat banyak berkongsi cerita serta menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peminat.

Antara yang menarik perhatian adalah ketika Amira ditanya mengenai pengalamannya ketika melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhammad Jarir Umar. Menurut Amira, pengalaman tersebut sememangnya menjadi antara momen yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.

Malah, Amira mengakui bahawa memasuki bilik bersalin merupakan satu pengalaman yang cukup mendebarkan buat dirinya. Walaupun begitu, segala rasa takut dan debaran tersebut terpaksa ditempuhi demi menyambut kehadiran permata hati yang dinanti-nantikan.

Sementara itu, menerusi video kedua pula, Amira turut menjelaskan sebab sehingga kini wajah Jarir masih belum dikongsikan kepada umum. Jelas Amira, Jarir masih kecil dan dia merasakan belum tiba masanya untuk mendedahkan wajah anaknya di media sosial.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan memberikan emoji suka dengna penjelasan Amira tersebut. Antara komen tersebut adalah :

” Betul lah tu, biar dia besar sikit dlu, sekarang Jarir masih kecil.. “

Dalam pada itu, Amira turut menyatakan bahawa dia mahu memberi ruang kepada Jarir untuk membesar seperti kanak-kanak lain tanpa terlalu terdedah kepada perhatian umum. Pendekatan tersebut juga menunjukkan keinginannya untuk menjaga privasi serta melindungi anak kecilnya daripada perhatian yang berlebihan.

Apa-apa pun, keputusan Amira dan suaminya untuk menjaga privasi Jarir pastinya wajar dihormati. Kita doakan semoga Muhammad Jarir Umar terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusannya.

Tonton video di bawah ini :

@monalizajantan

#amiraothman #fyp

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

@monalizajantan

Baby Jarir masih kecil lagi untuk di’EXPOSE’ #amiraothman #fyp

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

Silakan SHARE..

Sumber :TikTok monalizajantan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Mossdoom

Trending

Copyright © Berita Kopak