Artis / Selebriti
” Yeayy kakak jumpa adik.. ” – Komen Netizen
Perkongsian gambar pertemuan anak sulung Fattah Amin, Fatima Aisya dengan adiknya, Jarir Umar curi perhatian ramai. Wah akhirnya kakak Fatima jumpa adik Jarir. Happy lah Fatima ada adik baby..
Fattah Amin dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya menerusi perkahwinan terdahulunya bersama Fazura. Beberapa hari yang lalu, Fattah ada memaklumkan mengenai kelahiran cahayamatanya bersama Amira Othman, Muhammad Jarir Umar.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Fattah bersama Fatima dan Jarir. Ini mungkin pertemuan pertama Fatima dan Jarir. Fatima kelihatan tersenyum duduk di sebelah daddynya itu.
Turut kelihatan di tangan Fatima belon bercorak biru yang tertulis ‘ It’s a baby boy’. Jelas kelihatan wajah gembira Fattah apabila kedua-dua cinta hatinya ada di sisi. Fatima anak sulung yang banyak mengajar Fattah untuk menjadi seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab.

Ramai yang gembira melihat pertemuan antara Fatima dan Jarir ini. Sememangnya sejak Jarir lahir, ramai yang bertanyakan kepada Fattah adakah Fatima sudah bertemu adiknya itu. Teka teki warganet akhirnya terjawab dengan sekeping gambar ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 88 ribu tanda daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Masyaallah Tabarakallah Alhamdulillah..Nyawa dan cinta hati daddy..wali kedua fatima selepas daddy.. semoga baik2 utk fattah, amira, jarir, fatimah & fazura.. “
” Akhirnya Fatima miliki adik kandung lelaki abadi.. Yeayy kakak jumpa adik.. Allah and his plan. You are complete now.. “
” Fatima dan jarir , nama yang indah mashaAllah.. Rezekimu masyallah satu anak soleh dan soleha. Serta isteri solehah yang sangat menjadi penyejuk dan penenang hati suami.. “
” Yaa Rabb,lindungilah keluarga ini didalam pelukkan kaseh sayangMU hingga keSyurga.Aamiin.Fattah Amira Fatima Jarir.. “
” Yeay dah jumpa adik. happy for you guys.. sepasang dah anak Fattah, boy dan girl.. NurFatima Aisya dn Muhammad Jarir Umar permata hati daddy.. “
” Alhamdulillah Fatima jumpa adik ya yeayy.. nanti boleh main kejar-kejar dengan adik.. Wowww comel bintang terindah.. “
” Alolo Fatima jumpa adik.. Fatima dan Jarir.. semoga kedua duanya sentiasa menjadi anak soleh dan solehah.. “

Alhamdulillah Fatima akhirnya bertemu adik Jarir. Kedua-duanya anak yang akan sentiasa menjadi penyejuk hati dan sumber kebahagiaan untuk Fattah. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fatima dan Jarir serta menjadi anak yang soleh dan soleheh untuk kedua ibu bapa mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin, IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

