Artis / Selebriti
” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
Video Marissa Dania menangis ketika dapat hadiah kejutan sempena hari lahirnya daripda papanya, Norman Hakim buat warganet tersentuh. Alahai sebaknya tengok Marissa menangis..
Pelakon Norman Hakim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulangtahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania, menerusi satu majlis doa selamat yang turut diraikan bersempena pembukaan pejabat baru milik Marissa.
Menerusi perkongsian di media sosial, Norman meluahkan rasa syukur apabila hasrat Marissa untuk mengadakan majlis doa selamat akhirnya dapat direalisasikan. Majlis itu bukan sahaja meraikan ulang tahun kelahiran Marissa, malah turut menjadi tanda kesyukuran atas pembukaan pejabat baru jenamanya.
Sebagai seorang bapa, Norman mengakui tidak pernah putus mendoakan kejayaan anaknya. Dia berharap Marissa serta rakan-rakan seangkatannya terus berjaya di dunia dan akhirat serta saling membantu antara satu sama lain dalam membina masa depan yang lebih baik.

Mengakhiri perkongsiannya, Norman menitipkan ucapan penuh kasih sayang sempena ulangtahun kelahiran Marissa dan turut menghadiahkan jambangan bunga duit yang cukup istimewa. Norman turut mendoakan agar anaknya sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian penuh kasih sayang itu turut mengundang perhatian ramai yang mendoakan agar hubungan erat antara Norman dan Marissa terus berkekalan serta mendoakan kejayaan yang berpanjangan buat Marissa dalam kehidupan dan kerjayanya. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Best nya ada abah yg sebaik ini. Happy birthday Si cantik..semoga yg baik2 utk awk&keluarga.. Apeni sedih plk kite tgk video ni .. “
” Bila dia kembali dalam jagaan seorang Ayah… Ak pulak sebak… Awak btuah marissa ada mereka semua dlm hdop awak…hargai mereka jga dan utama kn mereka.. “
” Teruskan positif… truskn bsama isteri dan anak-anak ..moga Allah permudahkan segalanya.. Hilang satuu.. dtg rezeki ganda2.. “
” This is what I call true happiness. A family full of love and warmth. So beautiful to see . Bertuah marissadania. ini sepatutnya bahagiamu dik.. “
” Happiest Blessed Birthday sweet marissadania_ ! Semoga sentiasa dilindungi, diberkati, dirahmati, diredhai Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan perniagaan. Maju Terus Maju!.. “
” Jatuh bangun kita hanya family je sentiasa ada. kebahagian sebenarnya ada di pangkuan sosok seorang ayah. Nape ak menangis tgk video ni.. “
” Sorg ayah yg tknk toleh belakang..punya perasaan yg susah nk gambar kan berbangia insyallah u sorg yg bapa yg tk banyak sekarng bilangan nya..saya doa kan semua di luar sana akan upgrade diri sama² tuju ke pada NYA.. “
Selamat ulangtahun kelahiran, Marissa Dania. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, rezeki yang melimpah serta kebahagiaan yang berpanjangan. Teruslah menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat, serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh

