Connect with us

Artis / Selebriti

” Maaf tak dapat sambut sama-sama hari ni.. Apa pun.. ” – Abby Abadi

Perkongsian Abby Abadi sempena ulangtahun kelahiran anaknya, Marissa Dania yang ke 21 tahun buat ramai tersentuh. Sebaknya baca ayat-ayat yang Abby kongsikan, hati seorang ibu..

Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan penuh kasih buat anak perempuannya, Marissa Dania yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 21 pada 2 Julai. Abby turut memuatnaik beberapa gambar Marissa dari dulu sehingga kini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Abby meluahkan rasa syukur kerana Marissa dikurniakan kesihatan yang baik serta mendoakan agar anaknya sentiasa menjadi insan yang cantik, manis dan dilimpahi kebahagiaan. Dalam masa sama, Abby turut menitipkan doa agar Marissa terus mengejar cita-cita dan berjaya menggapai segala impiannya dalam kehidupan.

Menurut Abby, sejak dahulu lagi anak-anaknya sering menjadi model untuk mempromosikan produk jualannya, namun ketika era TikTok berkembang dia mengakui agak ketinggalan. Itu semua adalah kenangan bersama Marissa yang turut membantu bisnesnya.

Ucapan penuh kasih daripada Abby itu memperlihatkan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan anaknya. Walaupun tidak dapat meraikan ulang tahun Marissa Dania bersama pada hari istimewa tersebut, doa dan harapan yang dititipkan menjadi hadiah paling bermakna.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Marissa Dania serta mendoakan agar hubungan ibu dan anak itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Antara komen-komen diberikan adalah :

” Sabar sygku abbyabadi_112 dapat rasa ab rasa skrg ni… terus berdoa ye Allah maha adil dan allah tidak zalim.. Happy Birthday Marissa .. “

” Semoga kak abby & family sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin . Semoga Allah SWT gandakan rezeki Abby seterusnya… Semoga Abby terus kuat.. “

” Bagusnya abby ni kan, anak tu dah gores hati dia macam mana macam mana pun tetap dia up yg baik baik je pasal anak tu, tetap dia puji anak dia tetap dia nak org tau anak tu anak dia dia syg anak dia.. “

” Moga Allah limpahruahkan rezeki kejayaan, kekayaan ketenangan, kelapangan dan kebahagiaan yang diberkati buat Puan abbyabadi_112 dan sekeluarga… “

” Sedih baca posting ni….hanya ibu yang tahu & faham apa isi hati seorang ibu….abby tq so much sebab pernah tolong saya 1 ketika dulu wp may be Abby x ingat.. “

” Lama dah follow Abby daripada ig lama yg gone….semoga Abby kuat& dipermudahkan segala urusan. Marissa dgr kata mama tau..semantara masih ada doa seorang ibu .. “

” Happy birthday Marissa ! sorry sis , saya plak rasa sebak baca setiap ucapan .. semoga yang baik baik buat kalian. Abby ni mmg punyai hati yg sgt baik dan tulus.. “

Semoga segala doa baik yang dititipkan menjadi kenyataan. Selamat hari lahir buat Marissa, semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan setiap urusan, diluaskan pintu rezeki serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak