Connect with us

Artis / Selebriti

” Tidak boleh berumahtangga tu sekadar bernikah sahaja, dia kena fikir juga pasal.. ” – Abby Abadi

Video respon Abby Abadi apabila ditanya sama ada okey atau tidak jika anaknya, Marissa Dania bertemu jodoh baru raih perhatian warganet. Ini ciri-ciri menantu idaman Abby yang ramai nak tahu. Baru sesuai dengan Marissa..

Umum mengetahui yang anak kedua kepada Abby Abadi, Marissa Dania Hakim dengan bekas suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun disahkan sudah berpisah selepas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 23 Jun lalu.

Menerusi perkongsian video terbaru di akaun Tiktok milik dnarskincarehq, Abby dan Marissa diundang untuk hadi ke set Dnar bagi mempromosikan produk. Kedua-dua ibu dan anak ini kelihatan begitu cantik dan manis sekali mengenakan busana muslimah.

Soalan pertama yang ditanya adakah Abb okey jika Marissa bertemu dengan jodoh baru. Menurut Abby, dia okey sahaja asalkan anaknya boleh hidup bahagia. Marissa kelihatan malu-malu apabila Abby bertanya sama ada dirinya sudah bertemu jodoh.

Apabila ditanya pula mengenai ciri-ciri menantu idamannya, Abby mengatakan sebagai seorang ibu pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Selain itu, pasangan itu boleh membimbing anaknya dan rumantangga yang dibina adalah kerana Allah SWT.

Bagi Abby, tidak boleh berumahtangga hanya untuk sekadar bernikah sahaja. Bertanggungjawab antara salah satu elemen yang penting perlu digalas. Tambah Abby lagi, dia berharap agak anaknya mendapat seorang yang bertanggungjawab memikirkan untuk masa depan yang lebih baik.

Perkongsian ini setakat ini meraih lebih 2000 tanda suka dan lebih 200 komen sejak dimuatnaik. Kebanyakannya memberi komen berbentuk emoji. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :

” Jodoh yg baik bukan suami orang.. Cantik betul 2 beranak ni.. Marissa lawa macam mama.. Lawa sungguh Abby.. “

” MasyaAllah kaka Abby lawanya.. Marissa cantik sebab Abby pun cantik.. Doakan yg baik2, semoga dipermudahkan urusan.. “

Seorang ibu sudah semestinya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tiada yang lebih membahagiakan bagi ibu melainkan dapat melihat anak-anaknya hidup bahagia. Semoga Allah temukan Marissa dengan jodoh yang boleh menjaganya dengan baik.

Tonton video di bawah :

@dnarskincarehq

Queen dah jumpa jodoh ke ni👀 #hebatdnars#dnarsselamanya

♬ terasing – imantroye

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Dnar Skincare HQ

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Inositol

Trending

Copyright © Berita Kopak