Connect with us

Artis / Selebriti

” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden

Video Jebat Jayden mengadu kepada mommynya, Noor Nabila mengenai kulit wajahnya yang kasar buat warganet terhibur. Amboi Jebat, nak kulit glowing tu yang tak tahan. Siap tanya mommy pasal serum lagi, haha.. 

Gelagat anak Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sememangnya seringkali menjadi perhatian warganet. Telatah Jebat yang petah bercakap dan ada sahaja kata-katanya yang menggeletek hati warganet. Cara percakapan Jebat juga dikatakan saling tak tumpah seperti Sharnaaz.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Noor Nabila yang diulangsiar di akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan Jebat bersama Noor Nabila. Perbualan mereka kali ini berkisar mengenai kulit wajah dan Jebat bertanyakan kepada Noor Nabila mengenai produk penjagaan wajah.

Kata Jebat, dia tidak tahu nama-nama produk kosmetik, namun dia mempunyai masalah dengan kulit wajahnya sekarang. Jebat mengadu kulitnya tidak lembut dan kasar. Jebat juga meminta Noor Nabila untuk merasai sendiri bahagian mukanya yang terasa kasar itu.

Noor Nabila mengatakan ianya hanya sedikit kasar dan tidak mengapa kerana Jebat orang lelaki. Berkali-kali Noor Nabila memberitahu dia belum menemui lagi produk serum yang selamat digunakan untuk kanak-kanak seperti Jebat. Terhibur warganet dengan perangai Jebat ini. Jebat pun terjebak juga dengan serum mommynya.

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Cara cakap macam bapaknya. Kecik kecik dah risau muka kasar haha.. adui aku tak boleh betul lah dengan si Jebat ni.. “

” Cara cakap, suara dia memang ayahnya sangat sangat.. Muka Jebat merah macam baba lah.. nak glowing tak tahannya, hang umur berapa jebat oiii.. “

” Hahha kasar sikit je baby.. Pandai dah nak jaga muka, macam orang besar besar jer.. anaknya terlebih cerdik ni.. “

” Sebiji macam baba dia cara cakap tu. Kemain nak jaga muka, baru umur berapa dah risau muka tak lembut. haha kelakar lah Jebat ni.. “

” Jambang baby dah nak tumbuh tu baby haha.. Pakai je baba punya serum haha.. Sebijik bapak dia cara cakapnya.. “

” Hahaha ada je budak ni ea, aduhai.. amboi Jayden, bukan main lagi muka baby kasar. kasar sikit jaa tapi dia punya risau tu, kalah perempuan haha.. “

” Manja dan bijak dia ye.. muka baby kasar haha.. dengar ayat jebat tu dah berdekah aku ketawa.. ni kalau dapat serum confirm lagi lembut muka dari mummy.. “

Siapa sahaja yang tidak terhibur dengan perbualan Jebat dan mummynya itu. Kecil-kecil lagi sudah pandai hendak menjaga kulit wajah dan mahu glowing seperti mummy. Jebat sememangnya penghibur hati mummy dan semoga Jebat menjadi anak yang soleh selalu untuk mummy dan baba.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, Tiktok Noor Nabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thumbler

Trending

Copyright © Berita Kopak