Artis / Selebriti
” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
Video Jebat Jayden mengadu kepada Noornabila mengenai kejadian yang berlaku di sekolah buat warganet terhibur. Alamak, kesian Jebat sampai hilang tenaga..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Noornabila, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Jebat Jayden bercerita masalah bekal makanan sekolahnya kepada Noornabila. Banyak yang Jebat adukan kepada mummy nya kali ini.
Pada awalnya Noornabila bertanyakan kepada Jebat mengenai bekal makanan sekolah hari ini. Ketika itu lah Jebat mula mengadu mengatakan bekas yang digunakan untuk mengisi kuah susah untuk dibuka. Tidak hanya Jebat, rakan-rakannya juga cuba membuka bekas itu tetapi tidak berjaya.
Oleh kerana bekas itu berisi kuah, Jebat tidak dapat menikmati bekal mee supnya dengan sempurna. Kata Jebat, dia makan mee kering tanpa kuah. Noornabila tergelak mendengar aduan oleh Jebat itu sambil berkata mereka perlu berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah Jebat ini.

Noornabila juga ada menulis di kapsyennya memberitahu ini adalah drama bersiri lunchbox Jebat Jayden yang tidak habis-habis masalahnya. Setiap hari, pasti ada sahaja rungutan Jebat tentang bekal makanan sekolahnya itu. Mee kering tanpa kuah, memang tiada nikmat. Manalah Jebat tidak membebel, ini semua salah bekas.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Bila tgok vid ni, rasa rindu kat anak masa diorg kecik.. Alolooo kesiannya baby. dah baby makan mee kering haha.. “
” Kesian baby sampai hilang tenaga. Dari kecil sampai sekarang baby is cute. habis lah esi haha.. kena training baby bukak bekas pulak lah lepas ni, banyak sangat masalah makanan bekal dia ni haha.. ”
” Drama bersiri, Allah.. “sampai tenaga Baby hilang” hahahaaa. Jayden!!! Cute nah lah budak bertuah ni hahaa.. bijak sungguh dia bercerita.. “
” Banyak akal sungguh jebat ni. hehe bukan salah dia, salah container tu kenapa ketat sangat haha.. byk sgt mslah mknn u ni.. sian babyyy.. “
” Baby comel lah.. اَللّهُ اَكْبَرُ baby anak soleh syeikhhh kecik.. Klau cm tu kena mommy gi sek la time rehat bukakn bekas mknan bby..hehehe.. “
” Adoi sampai hilang tenaga baby.. Nasib baik lah…tak panggil abang bomba minta tolong bukakkn kuah sup baby punya.risau tangan baby jadi rocak.. “
” Bijak Jebat nie , dia pandai amik hati mommy dia bila bercerita tuhh.. yg tak tahan tuhhsmpi abis tenaga sbb ketat sgt nak buka.. Kan bab tuh kan macam gross motor skills gak.. “
Kelakar cara Jebat bercerita itu, susunan ayatnya yang membuatkan ceritanya itu menjadi lebih mencuit hati. Sampai habis tenaga Jebat cuba membuka bekas makanan dan akhirnya, makan lah Jebat mee kering tanpa kuah. Kesian Jebat, perlu training membuka bekas pula selepas ini agar tiada lagi rungutan tentang bekal sekolah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen

