Connect with us

Artis / Selebriti

” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris

Video adik Amira Othman, Irfan Haris bercerita mengenai anak saudaranya, Muhammad Jarir Umar raih perhatian warganet. Amboi, sampai melopong mulut Irfan masa tengok Jarir. Ish handsome sangat ni.. 

Fattah Amin dan Amira Othman telah pun dikurniakan seorang bayi lelaki pada minggu lalu. Pada perkongsiannya, Fattah ada memaklumkan nama yang dipilih untuk si kecil ini iaitu Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Fattah turut menunjukkan gambar Jarir yang wajahnya ditutupi dengan ikon emoji.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Monalizajantan dan sfz6876, telah dikongsikan sedutan live adik kepada Amira iaitu Irfan Haris. Ramai yang meninggalkan komen ingin melihat Jarir. Irfan mengatakan Jarir masih belum boleh ditunjukkan untuk waktu sekarang.

Irfan mendedahkan sedikit mengenai wajah Jarir yang disifatkan sebagai seorang yang handsome. Kata Irfan, baru hari pertama Jarir sudah setampan itu wajahnya pada mata Irfan. Menyingkap cerita mengenai Jarir, Irfan bercerita detik kali pertama melihat wajah Jarir.

Kata Irfan, pada mulanya Fattah ada menawarkan untuk menunjukkan gambar Jarir tetapi Irfan tidak mahu kerana ingin berjumpa secara berdepan. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Irfan tidak dapat bertemu Jarir dan terpaksa melihat gambar kerana terlalu ingin tahu bagaimana wajah Jarir.

Jom tonton video di bawah :

@monalizajantan

Nak tengok Jarir😍 #irfanharis #amiraothman #fattahamin

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

@sfz6876

excited betulll papa les dan aunty que hari ini👶💖🫶 #anakbuahbaru #alhamdulillah #babyjarir #kredit live quehanafi

♬ bunyi asal – sfz – sfz

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Aduh lagi rasa tak sabar nak tengok muka Jarir bila dengar Irfan describe macam ni. aihh handsome dari baby ni, besar confirm bersusun nak jadi menantu mira fattah.. “

” Kalau muka macam mummy dia, sejuk perut mummy nya.. ipan belom rungkai penuh lg nii…hiihiii…xsaboo semua eak.. “

” Adoiii ….. papa les dan antie Q pn dh sgt seronok….kami pn xsabaq nk tunggu Fattah Mira tunjuk baby boy dia.. “

” Jadi anak Arab dah campur muka Mira dengan Fattah. aduh macam mana eh nak bayangkan handsome nya muka Jarir ni.. “

” Alaa nak tengok anak sedara online kami-kami .. wah handsome dari hari pertama ye Irfan.. memang betul-betul handsome, mesti kalah daddynya ni.. “

” Wah Irfan merungkai akhirnya wajah Jarir. yang pasti, Jarir handsome dan mungkin Fattah juga jatuh ke tempat kedua selepas Jarir. daddy handsome, Jarir berganda-ganda handsome.. “

” Macam muka siapa iras-iras, ish handsome dah ler putih melepak. mata ikut Mira mesti menawan.. Jarir tapau semua dah lepas ni.. “

Bagaimana rupa sebenar Jarir, hanya ahli keluarga Fattah dan Amira yang mengetahuinya buat masa ini. Bak kata Irfan, masanya akan tiba nanti dan wajah Jarir pasti akan ditunjukkan kepada semua. Terpelanting lah daddy Fattah selepas ini kerana Jarir akan menjadi nombor satu di hati peminat FattMira, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Monalizajantan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak