Artis / Selebriti
” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen
Video respon Dr. Fie Tawfek apabila ditanya mengenai ibu mertuanya, Mak Jenny buat ramai tersentuh. Sebak dengar kata-kata Dr. Fie..
Umum mengetahui ibu kepada penyanyi Nubhan iaitu Mak Jenny kini dalam keadaan kurang sihat. Menerusi akaun Instagram Sinarplus, perkongsian temubual bersama Dr. Fie, bekas isteri kepada Nubhan telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya itu.
Menerusi perkongsiannya, Dr. Fie atau nama sebenarnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui bahawa hubungan sebagai suami isteri mungkin telah berakhir, namun kasih sayangnya terhadap ibu mentuanya, Mak Jenny tetap utuh.
Walaupun belum berkesempatan menziarahi Mak Jenny secara bersemuka, Dr. Fie berkata doa buat insan yang pernah dianggap seperti ibu sendiri itu tidak pernah putus. Beliau turut berharap agar Mak Jenny diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pemulihan.

Dalam masa yang sama, Dr. Fie turut menitipkan pesanan kepada Nubhan agar memanfaatkan waktu ini untuk memberikan sepenuh perhatian kepada ibunya yang sedang memerlukan sokongan keluarga. Beliau juga meminta agar Nubhan tidak perlu memikirkan urusan lain, termasuk hal berkaitan anak-anak, kerana perkara itu boleh diuruskan dengan baik.

Perkongsian ini menerima pelbagai respon dalam kalangan netizen yang memuji kematangan serta keikhlasan Dr. Fie dalam mengekalkan hubungan baik dengan keluarga mentuanya meskipun ikatan perkahwinan telah berakhir. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Pergilah ziarah Dr. Fie.. positive dulu w. Pun berat.. Allah knows.. bwk ank2. bagus komen camni. Yang komen ni pun educated.. “
” Semua yg baik2 yg kluar dri mulut dr fie… abis volume hp aku dh tetap tak dgr..ke aku yg pekak.. dia sedih..dan syg bekas mak mertuanya.. “
” Allah telah merancang yg terbaik.. Memang selama ini pun dia duduk di bawah ketiak Mak dia! Bila org bijak dan berilmu bercakap …..kan. “
” Ikatan kite dgn anaknye yg terputus. status mertua selama2nya. tidak terbatal wudukpun… Baik Dr Fie ni.. We proud of you.. “
” Btul..dh bcerai tpi mk mertua tetap mak mertua kita…x prna jdi bks pun tetap mk mertua. syg awk dr fie…biar lh dia ntah bpe lama je pn…cukup masa sampai lh.. “
” Allah is the Greatest Planner, allahhu positive nya awk Dr fie.. aaa nangis dgar ucapan Dr Fie.. baiknya dia, nubhan bk cr mcm mn lg.. “
” Semoga yg baik2 atas setiap kejadian Semoga dia dpt suami yg lebih baik dan “berotak” lagi mulia keperibadian di masa akan datang.. “

Semoga Mak Jenny diberikan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan proses pemulihan dan kembali sihat seperti sediakala. Sama-sama kita mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT. Aamiin.
Jom tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarplus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

