Connect with us

Artis / Selebriti

” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman

Amira Othman kongsi gambar menu-menu berpantang dan gambar terbaru anaknya, Muhammad Jarir Umar raih perhatian peminat. Amboi bambamnya Jarir, berlapis-lapis leher dan dagu tu. Comel sangat..

Tempoh berpantang bagi wanita selepas melahirkan biasanya mengambil masa lebih kurang 44 hari. Pemakanan antara yang ditekankan dalam tempoh ini agar si ibu dapat merawat dalamannya setelah melalui proses bersalin yang menyakitkan. Berpantang pula ada pelbagai versi, baik moden mahu pun tradisional.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amira Othman, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan sebahagian memori sepanjang berpantang yang sempat diambil oleh Amira. Amira memilih perkhidmatan CL daripada NR Mothercare Confinement.

Amira berkongsi gambar menu makanan yang disediakan oleh CL yang mana terdiri dari nasi, lauk dan sayur-sayuran. Fattah juga banyak membantu sepanjang Amira berpantang. Ini merupakan anak kedua untuk Fattah dan pengalaman yang ada sebelum ini membuatkan Fattah tidak kekok.

Amira turut menzahirkan ucapan terima kasihnya terhadap Fattah menerusi posting ini. Selain itu, Amira memaklumkan keadaan Jarir yang sudah semakin tembam. Sekeping gambar Jarir ketika proses bertahnik turut diselitkan bersama untuk tatapan para peminat Jarir.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini  telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Relax je post takde aesthetic2 bagai. Idola.. Tq Amira Othman. Sbb jd org baik.. MashaAllah TabarakaAllah semoga muhammad jarir umar bin Abdul fattah menjdi ank yg soleh penyejuk hati mami n daddy..Aamiin Allahumma Aamiin.. “

” Kalini puas tgk gambar mommy jarir share. Hihi. Moga dipermudahkan urusan, semoga terus kuat utk bf baby bkn mudah tp niat kalau dah ada inshaAllah pasti boleh. Tgk menu2 semua berselera jd kan. Presentation A++. Moga jarir jd anak soleh.. “

” Ternanti post kakya akhirnyaa hehe .. semoga jarir membesar menjadi anak yg soleh penyejuk hati mami & daddy. Best nye bau baby kannn.. “

” Semoga Jarir membesar dengan sihat..menjadi ank yg soleh…. dipermudahkan segala urusan dunia akhirat…..penyejuk hati mami dan dady.. “

” Masha Allah TabarakAllah.. omeynyee diaa.. eee geram nk cubit. semoga membesar jadi anak soleh Jarir Umar. Alolo Jarir kuat minum susu.. “

” MasyaALLAH meriah susu mommy. Congrats mummy, love your hardwork. Taksabar nak tengok Jarir.. Ramai yg doakan baik2 buat Jarir, mami, daddy n family. Org baik ramai syg…semoga membesar dgn sihat dan selalu menggembirakan mami daddy ye cayang.. “

” Sedap-sedap menu berpantang mummy. Semoga Muhammad Jarir Umar membesar dgn sihat, menjadi anak soleh mummy dan daddy.. “

Seronok warganet melihat perjalanan pantang yang dilalui oleh Amira itu. Menu-menu semua menyelerakan dan penuh berkhasiat. Jarir pun semakin sihat dan bambam. Apa-apa pun, semoga proses berpantang Amira berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang dirancangkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amira Othman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak