Artis / Selebriti
” Alhamdullillah, Mabrur Masya’Allah. Bestnya nama baby, 1st time dengar nama ni.. ” – Komen Netizen
Fattah Amin kongsi berita gembira isterinya, Amira Othman selamat melahirkan anak mereka. Wah Fatima dapat adik boy lah. Nama tu unik betul, memang jarang dengar..
Pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman antara pasangan yang seringkali menjadi perhatian warganet. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun lalu dan dijangkakan akan menimang cahayamata pada awal bulan Julai. Beberapa hari yang lalu, Fattah ada memaklumkan Amira sedang menunggu hari untuk melahirkan cahayamata mereka itu.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan beberapa buah gambar yang memaparkan Fattah bersama zuriat yang dinanti-nantikan itu. Fattah memaklumkan bahawa Amira telah pun selamat bersalin pada petang semalam sekitar jam 6.20 petang.
Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki. Menerusi kapsyen yang dikongsikan ini juga, Fattah memaklumkan nama yang telah pun dipilih olehnya dan Amira untuk bayi tersebut. Nama yang cukup unik dan pastinya ada maksud yang baik untuk anak mereka itu.

Fattah juga turut berkongsikan gambar bayinya itu dan wajahnya ditutup dengan emoji. Pada selimut yang menutupi bayi lelaki ini turut disulam namanya. Tentunya kehadiran bayi lelaki ini akan menambahkan lagi kebahagiaan Fattah dan Amira.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 80 ribu tanda suka sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Ya Allah, welcome to the world anak soleh, congrats fattahaminz and adikku amiraaothman , nnti mummyputz dtg yaaaaa.. “
” Alhamdullillah.. Mabrur Masya’allah.. Tahniah Fattah dan Amira.. bestnya nama baby korang, 1st time dengar nama ni.. moga menjadi anak yang soleh.. “
” Alhamdulillah… tahniah my brother & amiraaothman .. Moga menjadi anak yang soleh & berjaya dunya akhirat .. unik sangat nama baby tu.. “
” Tahniah atas kelahiran cahaya mata yang comel! Semoga Allah SWT menjadikan si kecil ini anak yang soleh/solehah, membesar dengan sihat, dipenuhi keberkatan, dan menjadi penyejuk hati serta kebahagiaan buat seluruh keluarga U dik Fattah Aamiin.. “
” Alhamdulilah syukur ya Allah . Tahniah Fattah & Amira. Selamat bpantang amiraaothman.. hi jarir.. best nama baby fattmira ni.. “
” Alhamdulillahhh syukur ya Allah mabruk fattahaminz & amiraaothman. Moga Jarir Umar membesar jadi anak soleh. mesti comel ni.. mcm mummy dan daddynya.. “
” Alhamdulillah congratulationsss tahniah. Semoga menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati buat Fattah dan Amira.. yeahhh baby boy.. assalamualaikum Jarir.. “
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Amira untuk melahirkan cahayamatanya itu. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Amira. Semoga baby Jarir Umar menjadi anak yang soleh dan selamat berpantang Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen

