Connect with us

Artis / Selebriti

” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi

Abby Abadi tampil menjawab persoalan mengapa tidak menemani anaknya, Marissa Dania Hakim ke mahkamah baru-baru ini. Itu rupanya yang terjadi antara Abby dan Marissa sebelum hari kejadian. Patut lah tak nampak kelibat Abby, ini sebabnya..

Bagi yang mengikuti perkembangan Abby Abadi dan Marissa Dania pastinya mengetahui segala kemelut dan fitnah yang dilemparkan kepada keluarga mereka. Ianya sedikit sebanyak mengganggu emosi Abby dan Marissa dan keputusan mahkamah kali ini, bakal membawa satu permulaan baru dalam hidup mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abby Abadi Exclusive, telah dikongsikan sekeping gambar Abby bersama Marissa dan satu kapsyen panjang yang bercerita tentang kejadian yang berlaku sehari sebelum talak ke atas Marissa disahkan oleh pihak mahkamah.

Ada yang bertanyakan mengapa Abby tidak menemani Marissa ketika prosiding mahkamah semalam dan Abby memberikan penjelasannya menerusi posting ini. Hati seorang ibu, walau pun pernah terluka dengan perbuatan anak, namun kasih sayangnya tak akan pernah berkurang.

Jom tonton video di bawah :

@abbyabadi.exclusive

Adik @Marissa Dania 🌹 Semoga kuat & tenang ya…😘 Ada yg bertanya, kenapa Sy tak teman anak ini ke mahkamah? Kenapa biarkan dia seorang? Tak kesian ke kat dia? Bla bla bla.. Anak ini memang sejenis yg suka uruskan segalanya sendiri…. 2 hari sebelum ke mahkamah, kami ada duduk makan bersama. Sambing sembang2 kosong , Sy tertanya lah tentang hal hari ini… (walaupun ikut hati taknak tanya sbb … entahlahhh🤭 Tapi Sy tanya juga.. Dan pertanyaan Sy dijawab sepatah2 je. Sy ulang2 tanya pun tak jadi apa.. Berat mulut dia nk berkongsi walaupun dgn Mamanya sendiri.. Jadi, Sy telan jelah.. & bukannya Sy tak ambil tahu cuma ‘keadaaan’ membuatkan Sy redha saja dgn pilihan dia 😶‍🌫️ Sypun tak suka memaksa2. Apa yg berlaku sebelum ini pun mengajar Sy byk perkara. Apapun Syukur, sudah selesai. Harap betul2 selesai kali ini.. Semoga tiada lagi penghinaan terhadap Sy & anak ini.. Harap berhentilah mencaci maki. Terus doakan yg baik2 utk semua ya 🥰🙏🏼 Semoga ALLAH mudahkan urusan anak2 Sy utk hari2 seterusnya.. Amin❤️ #tolongaminkansekali

♬ suara asli – Kholizaldin Siregar – Kholizaldin Siregar

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Sebagai ibu. Baca penulisan kak abby. Boleh faham apa dirasai sebagai ibu. Apatah lg bila anak tak nak share apa2 dgn kite. Sedihnya. Its ok kak abby.. “

” Kesian nya kk Abby. sedih sbb anak sy sebaya Marissa di usia anak2 begini mmg tak suka dengar mak2 bising, apalgi klu kita tegur atau mengingatkn sesuatu hal yg sensitive.. klu tgok Marissa skrg berdiri atas kaki sendiri selalu dgn Memey jugak, tapi anak2 jgn sesekali lupa ada doa ibu yg di angkat setiap masa untuk anak2 nya. semoga kak Abby bahagia selalu.. “

” Sedih dgn ayat kak abby.. semoga Allah kurniakan syurga buat kak abby atas redha setiap ujian.. selagi ada doa ibu, dunia akan baik² saja.. “

” Moga marissa dapat kembali kehidupannya tanpa sbrg gangguan emosi lg. dia ada bakat dan boleh berjaya dalam bisnes. Aamiin.. “

” Tak semua anak akn share pd ibunya..sebb xnak ibu nya risau..dia taw mn yg terbaik n waktu yg tepat utk bcerita pada ibunya.. semoga Allah mberi kekuatan dan ketabahan kepada keduanya.. “

” Doa dari seorg ibu Allah dengari .. Alhamdulillah.. Sy pun as anak sulung perempuan , kdg bukan xnak share kat ibu kita cuma rasa malu n takut tu tinggi sgt sampaikan x brani nak kongsi walhall ibu sy terbuka & sedia mendengar . Sy rasa sy lebih pilih utk hadap sndiri n atasi sndiri dri cerita dgn ibu . Sbb sy xnak ibu tau yg sy sdg x baik.. “

” Doa ibunya nk tgk mcm ank org lain jgk..nk bt kenduri mcm org lain jgk..Alhamdulillah selesai dh dr kena kata mcm2 kat org..dua2 silap..tp ALLAH bg jalan yg terbaik..moga yg baik2 iringi awk marisa.. “

Luahan hati yang menyentuh hati dan perasaan warganet yang membacanya. Apa-apa pun, syukur ke hadrat Allah kerana segalanya telah pun selesai dengan baik. Semoga selepas ini, kehidupan Marissa dan Abby sekeluarga lebih tenang dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Abadiabadiexclusive

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak