Artis / Selebriti
” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
Video Abby Abadi terharu menerima hadiah istimewa daripada anaknya, Marissa Dania buat ramai tersentuh. Wah, bukan kaleng-kaleng hadiah Marissa bagi. Sebak sangat masa Abby peluk Marissa..
Meninjau di akaun Instagram milik Abby Abadi, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Abby meluangkan masa bersama anak tersayang, Marissa Dania. Menerusi perkongsian tersebut, mereka dilihat menikmati makan malam di sebuah restoran wagyu dalam suasana yang cukup santai dan mesra.
Turut ada bersama Abby dan Marissa adalah sahabat baik Abby iaitu Azza Elite. Kehadiran Azza jelas menambahkan lagi kemeriahan suasana apabila mereka dilihat berbual dan bergelak ketawa sepanjang menikmati hidangan bersama.
Apa yang paling mencuri perhatian ialah momen istimewa apabila Marissa membuat kejutan dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada Abby. Kelihatan Abby begitu terharu menerima pemberian tersebut, malah wajahnya jelas menggambarkan rasa syukur dan bahagia.

Momen penuh kasih sayang antara ibu dan anak itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa gembira melihat hubungan Abby dan Marissa yang semakin akrab serta mendoakan agar ikatan kasih sayang mereka terus berkekalan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” MashaAllah.. Sorg ibu bahagia… Satu dunia bahagia nak. Teruskn berbakti utk mama u Marissa. U dan mama magnet kuat sgt sampai bajju pun boleh tersama kan… Ibelieve byk lg.. “
” Apa2 Jaga hati mama dlu ye dear Marissa ( orang luar tak penting) . Bantu mama first. Like old days . Semoga rezeki kalian melimpah2.. “
” Mama awak baik Marissa.. Dan awak pon anak yg baik InshaaAllah. Gitulah mak kita, dia bukan nak apa pon. Nak kita ada jaa untuk dia. Dan nak dia special di hati kita. Semoga yg baik2 sahaja buat kedua-duanya.. “
” Semoga Allah swt kekalkan kebahagiaan dikecapi Abby dan anakanda hingga ke syurga. Aamiin.. Ahhhh nak nangis bila tengok Marissa peluk Abby.. “
” Saya nk hug kak Azza .. Tq sbb jd sahabat baik n sgt function utk kebaikan mereka sekeluarga.. Sebaik baik manusia adalah yg paling bermanfaat bg manusia lainnya.. “
” Mcm ni la yg mama nak marissa. Mama bukan nk emas tu pun tp mama nak adik ‘balik’ ke pangkuan mama. Mama kita 1 je takkan ada mama yang lain lagi dah
” Seorg ibu sebenarnya tdk mgharap pun hadiah atau pemberian cukup sekadar mengingati dn mghargai serta meluangkn masa bersama… Tumpang gembira melihat kemesraan ibu dn anak ni.. “
Perkongsian video tersebut menerima pelbagai komen positif daripada peminat. Ada yang turut tersentuh melihat momen berharga itu, malah ada yang menyifatkan hadiah daripada seorang anak kepada ibunya bukanlah dinilai pada nilainya, tetapi pada keikhlasan dan kasih sayang yang disampaikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG abbyabadi_112
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

