Artis / Selebriti
” Dia boleh cakap macam tu, comel betul lah. Terdiam Nabil dengar, haha..” – Komen Netizen
Video respon seorang remaja istimewa ketika mahu bergambar bersama Nabil Ahmad buat ramai terhibur. Jujur sungguh dia cakap minat sikit je, terkedu Nabil dibuatnya. Comel betul lah adik ni..
Meninjau di akaun Instagram milik Radio ERA, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan kemeriahan Larian KM ERA yang berlangsung di Dataran Putrajaya, semalam. Acara larian malam sejauh lima kilometer itu berjaya menghimpunkan kira-kira 1,200 peserta yang hadir memeriahkan program tersebut.
Antara video yang mencuri perhatian ramai ialah rakaman memaparkan penyampai radio popular, Nabil Ahmad, yang tidak lokek melayani peminat yang ingin bergambar dengannya. Sikap mesra dan rendah diri Nabil membuatkan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu serta merakam kenangan bersama.
Lebih mencuit hati, seorang remaja perempuan istimewa sindrom Down turut berpeluang bergambar bersama Nabil. Ketika sesi bergambar berlangsung, kedengaran seseorang bertanya kepada remaja tersebut sama ada dia meminati Nabil atau tidak.

Tanpa berfikir panjang, remaja itu menjawab dengan selamba bahawa dia hanya meminati Nabil “sedikit sahaja”. Jawapan yang cukup jujur dan bersahaja itu membuatkan Nabil terpinga-pinga seketika sebelum terus ketawa besar dan mengundang gelak tawa orang ramai yang berada di lokasi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia boleh cakap macam tu, comel betul lah. Terdiam Nabil dengar, haha.. Bagus lah Nabil ni, semua dia layan dengan baik.. “
” Diaorang memang jujur. Oklah tu minat sikit nampak macam minat banyak.. Jawapan paling jujur pernah kita dgr stkt ni.. “
” Adikkkkk. .jujur sangat adikk. . Hahahaha.. Apapun Nabil memang sporting habis.. Langsung tak sombong dengan peminat nak bergambar dengan dia.. “
” Tanpa berlapik dia cakap ehh.. Hahaha jujur betul, tulus ikhlas daripada hati, hahaah.. Adik nie famous dari Nabil lepas ni.. “
” Nabil teringat ayat tu sampai ke tidur nanti tu, haahhaa.. Sempoi Nabil, semua macam kawan-kawan je dia buat.. Terbaik lah Nabil.. “
” Reaksi Nabil tu betul-betul tak disangka jawapan yang diberikan.. Hahahaha sekali aku pun berdekah weh gelak.. Cute lah adik comel ni.. “
” Ajak adik berjalan ke rumah kebun Nabil di Ulu Dong, mesti adik ni terus minat banyak dekat Nabil nanti, hahahaha.. Minat sikit tu betul2 jujur.. “
Gelagat spontan kedua-duanya nyata menceriakan suasana dan menghiburkan ramai warganet selepas video tersebut dimuatnaik di media sosial. Selain itu ada juga yang memuji sikap Nabil yang sentiasa mesra melayani peminat tanpa mengira usia mahupun keistimewaan mereka, malah ramai yang menyifatkan momen itu cukup comel, ikhlas dan mencuit hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

