Connect with us

Artis / Selebriti

” Mesti Rian rasa serba bersalah sangat tu.. ” – Komen Netizen

Video respon anak kedua Ryzal Ibrahim, Rian setelah tidak sengaja menjatuhkan penyapu di atas kepala appanya raih perhatian ramai. Alamak Rian, kuat betul bunyi kepala Appa tu. Tak sangka ini tindakan Rian..

Bagi yang mengikuti perkembangan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae, pasti mengetahui pasangan ini sering berkongsi pelbagai video momen bersama dua cahaya mata mereka, Nik Rina dan Nik Rian. Gelagat keluarga kecil ini juga sering mencuri perhatian ramai kerana telatah anak-anak mereka yang menghiburkan.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian di akaun Instagram milik Ryzal, telah dimuatnaik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan suasana di kediaman mereka. Menerusi video tersebut, Ryzal dilihat sedang leka bermain telefon bimbit di atas sofa, manakala Rian pula berjalan sambil membawa sebatang penyapu.

Bagaimanapun, tanpa diduga ketika Rian cuba mengangkat penyapu tersebut, ia secara tidak sengaja terkena kepala Ryzal. Ryzal yang terkejut terus mengaduh kesakitan, namun apa yang lebih mencuit hati ialah reaksi spontan Rian yang terus mendapatkan bapanya sebaik menyedari apa yang berlaku.

Rian kelihatan berasa bersalah dan cuba memujuk Ryzal dengan penuh rasa kasih sayang. Malah, si kecil itu beberapa kali memastikan keadaan bapanya baik-baik sahaja dan seakan-akan mahu meminta maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu. Sikap prihatin yang ditunjukkan Rian nyata membuatkan ramai tersentuh melihat hubungan erat antara bapa dan anak tersebut.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah Rian. Antara komen-komen menarik adalah :

” Mesti Rian rasa serba salah sangat tu, haha.. Dia marah sbb appa dia tak bagi jam swatch kot hahaha.. Tapi memang kelakar tengok.. “

” Wehh lawak betul, banyak kali ulang tengok.. Walaupun dia tak sengaja, hahahaha boleh rasa ooo sakit tu, hahaha nasib appa tak marah.. “

” Adoiii, mat korea sorang ni gentleman sungguh. Macam dalam kdrama tu laa..Mom’s mission accomplished  ni, hahahaa.. “

” Comelnya rian, pandai dia minta maaf.. Sis nampak yg kt dlm bilik tu . Happy betul ea lepas Ryzal kena, ahahaa janga dapat surat amaran sudah.. “

” Anak nombor 2 memang gitu..  Btw Rian, kecik mcmni dah tinggi common sense good boy la Rian.. Cute lah tengok dia.. “

” Rian oh rian nak buat keje sapu sampah sampai minta maaf dekat appa.. Bagusnya rian..didikan omma n papa dia.. “

” Maaf lah tergelak sikit, hahaha kelakar tengok.. bnrya rian nk gthu jgn men phone oppa.. Tapi bagus lah cara Rian minta maaf tu.. Pandai dia ambik hati.. “

Selain itu, ramai yang memuji sikap Rian yang begitu penyayang walaupun masih kecil. Ada juga yang berseloroh mengatakan reaksi Rian begitu menghiburkan. Ini menjadikan video berkenaan menerima pelbagai komen dan tanda suka daripada para pengikut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ryzalibrhm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak