Artis / Selebriti
” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
Video Ryzal Ibrahim meminta anak keduanya, Rian untuk menyebut perkataan ‘Omma’ buat ramai terhibur. Semua perkataan Rian boleh sebut, tapi bila sampai part perkataan ‘Omma’ je terus lain sebutannya, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pempengaruh media sosial terkenal, Maryam You Narae, pasti mengetahui bahawa Maryam sering berkongsi momen-momen comel bersama dua cahaya matanya, Nik You Rina dan Nik You Rian. Setiap perkongsian mengenai gelagat anak-anak pasangan ini sememangnya sering mencuri perhatian ramai dan membuatkan warganet tidak kering gusi.
Terbaru, menerusi perkongsian video di akaun Instagram milik suami Maryam iaitu Ryzal Ibrahim, kelihatan Ryzal sedang meluangkan masa bersama anak keduanya, Rian. Menerusi video tersebut, Ryzal cuba mengajar si comel itu menyebut beberapa perkataan dengan penuh sabar dan manja sambil dirakam secara santai.
Namun, apa yang paling mencuit hati ramai adalah apabila Ryzal meminta Rian menyebut perkataan ‘Omma’, Rian dilihat seolah-olah enggan mengikut sebutan tersebut dan tetap berkeras mahu menyebut ‘Appa’ berulang kali. Gelagat spontan Rian itu membuatkan Ryzal sendiri tidak dapat menahan ketawa, malah kakaknya, Rina turut sama terhibur mendengar telatah adiknya.

Perkongsian tersebut juga dibanjiri pelbagai respon yang lucu daripada warganet. Ramai yang terhibur melihat keletah Rian yang begitu manja dengan appanya. Malah, ada juga di kalangan netizen yang berkongsi pengalaman anak mereka sendiri yang pernah melalui situasi yang sama, iaitu lebih mudah menyebut “ayah” berbanding “ibu”.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Penat omma kendong dalam perut 9 bulan.. Appa jugak dapat nama, hahaha.. Geram betul dengan budak comel ni.. “
” Ank sya yg boy bongsu pun sma tau 2thun baru pandai panggil mama.. Skrg dah 6thun tnya dia ank siapa dia kta anak papa, papa yg lahir kan dia.. Gerammm jer tau.. “
” Wehh sama lahhh anak baya2 Rian ni pun taknk panggi mak dia, daddy dgn kakak dia boleh pulak panggil.. “
” Yalah… Mcm anak sy no. 3. Skali je sebut mama. Slps sebulan baru sebut byk kali. Tidak.. asyik daddy aje.. “
” Rizal gelak jahat.. Hehehe.. Rina pun sama, mengekek dia gelak, hahahaha dua beranak ni suka betul menyakat omma.. “
” MashaAllah TabarakAllah omeynya Rian.. Sebab omma tu mmg dia dh copy paste hahahaaa.. Btw memang kelakar tengok video ni.. “
” Semua dia boleh ikut.Omma susah betul ek nak sebut O tu.. Siap dia tukar daripada omma ke appa, haha mahu appa tak ketawa, haha.. “
Sebelum ini, Maryam juga pernah memuatnaik video cuba mengajar Rian menyebut perkataan ‘Omma’. Namun usaha tersebut nampaknya masih belum berjaya apabila si kecil itu tetap memilih untuk menyebut ‘Appa’. Gelagat comel Rian itu membuatkan ramai geram dan semakin terhibur mengikuti perkembangan keluarga kecil pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maafkan jasad saya menyusahkan semua. Andai Allah.. ” – Amoi Baju Merah
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak handsome lah, biasa lah.. ” – Tengku Hassanal

