Artis / Selebriti
” Kronologi kes kejadian dari CCTV rumah sebelum ke emergency.. ” – Ryzal Ibrahim
Ryzal Ibrahim kongsi video rakaman CCTV di rumahnya apa yang berlaku sebelum membawa anaknya, Rian ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Ya Allah, nak gugur jantung tengok Rian macam tu..
Meninjau di akaun Instagram milik meloditerhangat, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama pasangan suami isteri yang juga pempengaruh media sosial, iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae. Menerusi video tersebut, mereka berkongsi detik cemas yang berlaku apabila anak lelaki mereka, Rian, terjatuh dari katil beberapa hari lalu sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.
Menurut Ryzal, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata pada waktu pagi ketika Rian sedang memanjat katil milik kakaknya. Tanpa disangka, Rian terjatuh dan keadaan itu membuatkan mereka berdua panik apabila melihat anak bongsu mereka itu kelihatan separuh sedar serta beberapa kali seperti mahu memejamkan mata. Situasi tersebut menjadi antara detik paling mendebarkan yang pernah dilalui oleh pasangan berkenaan sebagai ibu bapa.
Menerusi perkongsian yang sama, Ryzal turut menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam detik kejadian tersebut. Menerusi rakaman itu, kelihatan Ryzal segera mendapatkan Rian sebelum membawanya mencuci muka dan cuba memastikan anaknya terus sedar. Tindakannya yang pantas jelas memperlihatkan rasa cemas seorang bapa yang mahu memastikan keadaan anaknya berada dalam keadaan selamat.

Walaupun Rian kemudiannya kembali sedarkan diri, Ryzal dan Maryam tidak mengambil mudah perkara tersebut. Demi mendapatkan pemeriksaan lanjut serta memastikan tiada kecederaan serius berlaku, mereka terus membawa Rian ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemerhatian daripada pihak perubatan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ahamdulillah .. baby Rian dah ok… Syukur Ya Allah, semoga baby Rian sentiasa dlm lindungan Allah S.W.T .. “
” Accidents sometimes tak boleh avoid no matter what you do. Tapi nak highlight, Parents were calm and composed, maid sangat function.. “
” Alhamdulillah baby Rian ok.. Bagusnya pembantu… Mmg nampak ikhlas dia dengan family Ryzal.. Satu lah nak ckp ngan ryzal.. Boleh lah naik gaji pembantu ni.. “
” Bagus maid dia, betul kan tudung, alert bila budak menangis.. Terus pergi tengok tanpa suruh and check jugak sambil yg lain bersiap.. “
” Alhamdulillah sewaktu kejadian parents ada dirumah. Alhamdulillah maid ikhlas kerja sangat alert! Alhamdulillah juga rezeki pasang CCTV banyak2 dikawasan rumah. Semuanya membantu.. “
” Maid diorang nampak alert throughout the situation with Rian. Even in the middle of all the rushing, she still noticed and helped fix tudung Maryam. Good job to her.. “
” Allahuakbar.. Alhamdulillah syukur sll, pembantu sngt membantu. Sy pon pernah lalui ank separah sedar dan kaku terlalu lama..smpi sy pon menjerit mcm maryam video sblm nie.. “
” Aku tak boleh la, sebak betul kejadian ni .. Alhamdulillah Rian ok.. Betul2 berdebar sangat lah tengok video sblum ni.. “
” BetuI anak lelaki agak lasak sedikit dari anak perempuan jadikan apa yang berlaku utk lebih perhatian dilain waktu.. “
Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai warganet. Ramai memuji tindakan pantas Ryzal dan Maryam serta pembantu rumah mereka yang tidak berlengah dalam menguruskan situasi tersebut. Malah, ada turut menzahirkan rasa syukur apabila Rian dilaporkan berada dalam keadaan baik serta mendoakan agar kanak-kanak itu sentiasa diberikan kesihatan dan perlindungan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meloditerhangat, ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

