Artis / Selebriti
” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
Video terbaru anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al Qarni menyanyikan lagu Seniman Menangis II raih pujian ramai. Alahai sedap sungguh suara Uwais,. Suara unik, gemersik dan yanyian yang menyentuh hati..
Perkongsian terbaharu di akaun Instagram milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu telah mencuri perhatian ramai apabila Shuib memuatnaik video yang memaparkan anak sulungnya, Uwais Al Qarni sedang menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Seniman Menangis II.
Walaupun nyanyiannya disampaikan secara santai dan bersahaja, suara Uwais berjaya memikat hati ramai pendengar. Alunan suaranya yang merdu serta gaya penyampaian yang tenang membuatkan lagu tersebut kedengaran begitu menyentuh perasaan.
Tidak hanya itu, ramai yang berpendapat bahawa Uwais memiliki tona suara yang unik dan sedap didengar. Bakat semulajadinya itu jelas terserlah menerusi video yang dikongsikan dan membuatkan ramai tidak jemu mengulang tontonan rakaman tersebut.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang memuji kebolehan Uwais dan menyifatkan Uwais mempunyai bakat yang besar dalam bidang seni suara meskipun masih muda. Sehingga kini, video nyanyian Uwais telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara. One and only suara Uwais ni, unik.. Saling tak tumpah gayanya macam arwah ibu.. Siti Sarah.. “
” Tanpa semua orang sedar sebenarnya uwais original memiliki suara ibu nya tetapi versi lelaki. Cuba suruh Uwais tiru lenggok mak dia mesti dapat.. “
” Good attitud Uwais, ini barang exlusive…. Okay.. Walid nak anto resuma la nak jadi PA or manager or driver or bawak gitar n mic Uwais.. “
” Uishh serious suara Uwais ni betul2 sedap wlupn nynyi sntai tkpro.. Tone dia geremang bulu roma.. sedap.. Aura Uwais cm arwah ibu.. Ble ingt ibu akn gremang bulu roma n mnitik air mata.. Rindu.. “
” Sedapnya suaraaaaa Uwais… Tengok uwais dari kecik sampai dah bujang.. Bila tgok anak2 ni, auto teringat ibunya.. Kami pun rindu “
” Uwais ni boleh pergi jauh. Attitude pun bagus. Very humble, no drama. Sedap tone suara Uwais.. acam datuk dia suara sedap. .”
” MasyaAllah… Sedap giler suara Uwais. memang sgt berbakat.. Kagum betul dengar suara dia.. Boleh pergi jauh lagi ni.. “
Ada juga yang mengatakan bakat nyanyian yang dimiliki Uwais itu diwarisi daripada arwah ibunya, penyanyi tersohor Siti Sarah. Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat potensi yang ada pada dirinya dan percaya Uwais mempunyai masa depan yang cerah sekiranya memilih untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

