Artis / Selebriti
” Wah sedapnya suara Matin. Matin ni kecil lagi pun tone sedap.. ” – Komen Netizen
Video Thalita dan Ariq Matin berduet menyanyikan lagu Glenn, Januari ketika di Majlis Akikah adik bongsu mereka, Akira Juwita Zahra raih pujian warganet. Wah, sedapnya suara Matin. Makin padu bila berduet dengan Thalita. Kelakar macam daddy tapi suara merdu macam ibu..
Semalam telah diadakan Majlis Akikah anak perempuan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah, Akira Juwita Zahra. Majlis ini diraikan bersama kaum keluarga dan sahabat handai mereka. Selain wajah comel Akira, persembahan oleh Thalita dan Ariq Matin juga antara yang mencuri perhatian tetamu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan nyanyian oleh Thalita dan Matin. Lagu dendangan asal Glenn berjudul Januari menjadi lagu pilihan Thalita dan Matin untuk dinyanyikan secara duet.
Suara Thalita sudah diketahui ramai lunak dan merdu. Semakin hari, suara Thalita dikatakan semakin sama dengan suara arwah Siti Sarah. Matin pula, walaupun masih kelihatan malu-malu untuk menyanyi di hadapan orang ramai, namun tetap mencuba yang terbaik.

Ramai yang memuji suara Matin yang merdu itu. Tidak hanya Thalita, tetapi Matin juga mewarisi suara emas ibu mereka. Paduan suara Thalita dan Matin mendapat sorakan daripada tetamu. Matin ada vokal yang sedap dan boleh digilap lagi supaya lebih bersinar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Comel lah budak berdua ni.. matin punya celebrate macam goal bola ek hehe.. matin handsome.. “
” Anak-anak arwah sarah semua dapat bakat arwah ibu dia. semua suara sedappp.. matin dapat semua. suara sedap je mcm arwah ibu dia. kelakar macam bapak dia. dah cukup lengkap.. “
” Arwah ibu dia punya lunak tu lainn. dah dgr suara uwais, talita mmg sedap. matin ni kecik lg pun tone sedap. besar nnti kalau asah bakat mcm talita confirm lg sedap.. “
” Akim ahmad mase kecik ke ni?.. comel betul budak matin ni.. teringat pulak pada ibu awak matin.. ank soleh ibu.. “
” Alahai comelnya matin sedap suara thalita cantik sangat suka tengok dua beradik ni.. matin dah macam akim junior.. “
” Tata cantiknya kamu.. suara makin lama makin sedap. Matin pun suara boleh pergi jauh lagi ni.. dua dua suara sedap.. memang baka suara sedap macam arwah ibu lah korang ni.. “
” Wah sedap nye suara matin. gilap lagi ni memang hebat nanti.. talitaa tu macam ibu dia daa sedap sangat suara.. lurve sangat adik beradik ni.. “
Baik Thalita mahu pun Matin, kedua-duanya memiliki suara yang sedap. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, darah seni Siti Sarah mengalir dalam badan anak-anaknya. Semoga Thalita dan Matin akan meneruskan legasi ibu dan menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah

