Artis / Selebriti
” Best gila performance Amarra dengan Pak Azad this week.. ” – Komen Netizen
Persembahan Amarra memyanyi rap bersama bapanya, Pak Azad di minggu ke 4 Talk To My Manager musim 2 memukau ramai penonton. Wah gempak lah, memang berbeza penampilan Ammara kali ini. Dapat standing ovation daripada juri..
Persembahan anak kepada Pak Azad iaitu Amarra Sofea Rose dalam program realiti Talk To My Manager musim 2 pada minggu ini yang berlangsung semalam berjaya mencuri perhatian ramai penonton apabila tampil penuh yakin di atas pentas.
Amarra yang tampil penuh berkarisma mengejutkan ramai apabila menunjukkan bakat luar biasa dalam bahagian rap ketika persembahan tersebut. Paling menarik Pak Azad juga turut tampil berganding bersama anaknya menyanyikan lagu rap.
Ia bukan sahaja menghiburkan, malah turut mendapat sorakan gemuruh daripada penonton di auditorium.
Apa yang paling mencuri perhatian, para juri dilihat begitu teruja sehingga memberikan standing ovation sejurus persembahan tamat.

Chemistry antara Ammara dan Pak Azad juga mendapat pujian ramai. Pak Azad dilihat begitu bangga dapat berkongsi pentas bersama anak tersayang, manakala Ammara pula tampil bersahaja dan tidak kekok beraksi di hadapan penonton.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Best gilerr performance Amarra Pak Azad this week , Minggu niee semua terbaikkk, malam ni semua ada peningkatan.. arghhh sengittt sngt2 sengit.. “
” Cuba bg amara lagu balada… nak dgr jugak, Nak dgr Ammara nyanyi lagu rap Tamil pulak, please…. Mesti meletopppp!!! “
” MenyaLa gurL ….. sempoi bak hang……. Ceq suker, patutlah mng.manager siap masuk. wah.. pak azad.. best perforance.. “
” Akü dulu sekelas Ngan pak azad… zaman tu lagu içe içe baby…dia Punya dancing power. amarra sesuai macam ni best.. “
” Awesome Amara good.. Fuyyoohhhh pak azad.. ammara slay.. dia bagi sekali handstand. trbaik uncle azad dm amara.. “
” Sempoi punya.. Apa dia sebut sebelum dia sebut Dato Ac tu? Menyala persembahan ammara minggu ni.. “
” Superb dan slay ammara minggu ni harap terus slay untuk minggu seterusnya. Moga terus ada peningkatan.. “
Ramai memuji keyakinan Amarra walaupun masih muda, malah ada yang mengatakan aura pentasnya sudah menyerlah seperti seorang penghibur profesional. Semoga Amarra akan terus mengembangkan bakatnya dalam dunia seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astrogempak, Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

