Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuh swag, smart la dance. Berbakatnya, suka tengok.. ” – Netizen

Video Anak Sulung Pak Azad, Amarra Sofea Rose Menunjukkan Bakat Tariannya Raih Pujian Ramai. Fuh Smooth Betul Pergerakan Amarra Ni, Lincah Sangat. Ernie Zakri Pun Siap Request Amarra Jadi Penari Dia !!

Bagi yang mengikuti keluarga Azad Jazmin dan Eira Syazira, pastinya mengenali anak sulung pasangan ini, Amarra Sofea Rose. Amarra memang suka menari sejak dari kecil lagi. Ada sahaja tarian yang Amarra persembahkan kepada ahli keluarganya.

Meninjau akaun Instagram Azad Jazmin, telah dikongsikan satu video terbaru Amarra yang memaparkan Amarra menari. Amarra yang dahulunya berbadan sedikit chubby kini semakin kurus badannya. Melihat kepada tarian Amarra, ramai yang menzahirkan rasa kagum pada anak sulung Azad ini.

Tinggi seperti daddynya dan pandai menari, lembut sahaja badan Amarra berjoget mengikut rentak muzik. Baru 10 tahun sudah sehebat ini. Jika digilap lagi tentu lagi mantap hasilnya. Seronok warganet melihat tarian Amarra yang lincah itu.

Sebelum ini juga, banyak video Amarra menari dan adik lelaki Eira juga sering melayani Amarra menari. Ekpresi wajah Amarra juga comel sahaja. Untuk rekod, selain Amarra, Azad juga memiliki 2 lagi anak perempuan iaitu Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Azad ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aa… awat sat ja nampak besaq dh amara ni. Dulu dok rasa kecik ja tgok dy. Koi segak dh besaq.. Dah kuyus dah dia.. muka mkin matured.. ”

” Jadi dancer aunty please.. ” – Ernie Zakri

” Fuh swag.. hmm anak saya 10 tahun tengah main lego lagi tu hahaha.. Daddy takmau kasi dia join dancers astro kaaa . Helok terletak dah tu joget.. ”

” Wah dah besar, tinggi kurus dah dia ni. Lainnya muka lama tak tengok.. cekap betoi kakak nari .. good kakak.. ”

” Wahh.. body da fit laaa.. cantiieeekkkk.. dance pon smooth la.. tinggi dan talented macam mommy daddy dia sangat ni.. ”

” Kakak dh tinggi.. dah besar makin lawa.. ni boleh geng dengan anak kak Farah Ahmad ni.. collab 1 tarian please.. ”

” Swag Ammara ni, dah cantik cutie pie ni.. tinggi dah dia.. smart la dance, berbakatnya.. suka tengok tarian dia smooth je.. ”

” Besar dah dia tgk dari baby lagi know2 big girl dah.. U got the attitude gurl.. Mmg dari kecik sampai ke besar.. Her passion.. ”

Memang power lah Amarra punya tarian, kalau diketengahkan lagi tak mustahil boleh menjadi salah seorang penari yang hebat. Ernie pun sudah request untuk Amarra sebagai penarinya. Apa-apa pun, semoga Amarra mengasah lagi bakat tariannya itu dan dapat mencapai impiannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azad JazminΒ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT